Sumber Gambar: Penyokong Tegar TBG

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kesal dengan tindakan Wander Luiz dan Leandro Dos Santos yang meraikan gol penyamaan pasukan perak dengan gaya ala-ala DX 9D-Generation X) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 Sabtu lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata tindakan Wander dan Leandro terhadap Igor Zonjic yang menjaringkan gol sendiri pada minit-minit terakhir tambahan masa itu dianggap sebagai biadap.

“Aksi provokasi terlampau ditunjukkan dua awang import Perak membuktikan pemain itu kurang beradab.

“Mereka tidak menghormati dan tidak mengendahkan tatasusila masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya kepada Berita Harian.

Tambah Hishamuddin, pemain berhak mempamerkan pelbagai gaya untuk meraikan kemenangan tetapi adab dan tatasusila perlu diutamakan. Aksi yang dilakukan oleh Wander dan Leandro ini jika dibiarkan boleh mencetuskan kekecohan di kalangan pemain dan juga penyokong.

“Kelakuan kurang sopan Leandro dan Wander ketika meraikan kemenangan boleh dielakkan jika pengurusan bola sepak menerapkan nilai kesopanan serta tatasusila kepada semua pemain terutama pemain import.

“Saya yang ketika itu berada bersama beberapa beberapa pemimpin di tempat duduk tetamu jemputan khas terkilan dan terkejut apabila melihat dengan jelas gelagat kurang sopan ditunjukkan Leandro dan Wander,” tambah beliau.

Keraian ala-ala DX itu sememangnya mendapat kritikan dari ramai pihak. Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) Rezal Zambery Yahya turut mempersoalkan tindakan Wander dan Leandro itu dan menyifatkan ianya terlalu berlebihan.

“Pada pandangan saya tiada semangat kesukanan yang ditunjukkan kedua-dua pemain terbabit.

“Tidak salah untuk meraikan jaringan, tetapi jika berlebihan ia boleh dikira sebagai satu kesalahan. Mengenai tindakan selebihnya terserah kepada badan terbabit dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada Harian Metro.

“Apa pun kita perlu ambil kira situasi itu terjadi kerana mungkin pemain begitu teruja menyamakan kedudukan di saat akhir, malah saya melihat ini sebagai budaya pemain asing. Pemain tempatan jarang melakukan tindakan seperti ini.”

Baca Juga: Mehmet Hampir Pasti Kekal Mengendalikan Perak

Leave a Reply