Sumber Gambar: Terengganu FC

Bonus pemain Terengganu FC yang membantu pasukan muncul sebagai juara Piala Malaysia 2018 akan ditentukan sama ada mereka akan menerima ataupun tidak dan pengumuman akan dibuat pada esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata perkara mengenai bonus pemain akan dimaklumkan selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri.

“Sebelum ini kita sudah mengadakan mesyuarat untuk memberikan imbuhan kepada pemain TFC jika berjaya merangkul trofi piala berprestij itu.

“Tetapi selepas muncul naib juara, kerajaan negeri akan memutuskan pada Rabu (esok) ini bentuk insentif itu sama ada pemain akan mendapat habuan atau sebaliknya,” kata Wan Sukairi kepada Sukan NSTP.

Dalam aksi perlawanan akhir menentang pasukan Perak di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu, Terengganu FC gagal untuk meraih kejuaraan selepas mereka tunduk 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada masa sebenar perlawanan.

Meskipun mendahului tiga kali dalam perlawanan tersebut, namun sikap tidak berputus asa pemain pasukan lawan membuatkan mereka terpaksa menunggu lebih lama untuk memenangi trofi Piala Malaysia sejak kali terakhir memenangi kejuaraan berprestij ini pada edisi 2001.

“Secara keseluruhan kerajaan negeri berpuas hati dengan kejayaan muncul naib juara biarpun perlawanan itu terpalit kontroversi dan ‘drama’ yang tidak sepatutnya.

“Sekalung tahniah kepada pemain yang sudah berusaha sehingga ke wisel penamat. Cuma mereka tidak bernasib baik tewas menerusi penentuan sepakan penalti,” tambah Wan Sukairi Wan Abdullah.

Apa yang pasti, penulis berpendapat pemain Terengganu FC layak untuk mendapatkan imbuhan di atas kerja keras mereka sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini. Selain imbuhan untuk pemain dari pasukan senior, pemain dari pasukan junio seperti dari skuad Terengganu FC II dan Piala Presiden juga turut layak menerima imbuhan.

Untuk makluman, Terengganu FC akan terus dibimbing oleh Irfan Bakti pada saingan musim hadapan setelah jurulatih itu bersetuju untuk menandatangani kontrak lanjutan bagi terus mejadi ketua jurulatih pasukan.

Baca Juga: PBSNT Kesal Dengan “DX Celebrations”

Leave a Reply