Sumber Gambar: Youtube

Bekas ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur, Sabah dan Perak, Ken Shellito meninggal dunia pada usia 78 tahun di Kota Kinabalu, Sabah malam semalam. Sebelumnya, mendiang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan paru-paru dan komplikasi buah pinggang.

Mendiang Shellito mengabiskan karier bola sepak profesional beliau dengan beraksi bersama Chelsea dari tahun 1959 hinggalah 1965. Ketika Chelsea dibimbing oleh Tommy Docherty, Shellito berjaya membantu Chelsea naik ke Divisyen Satu pada musim 1962-63.

Aksi cemerlang Shellito bersama Chelsea kemudiannya menambat hati ketua jurulatih pasukan kebangsaan England ketika itu, Alf Ramsey dan Shellito beraksi buat kali pertama buat The Three Lions pada perlawanan menentang Czhecoslovakia pada tahun 1963.

Namun sayang, disebabkan kecederaan serius di bahagian lutut, Shellito terpaksa bersara awal daripada bola sepak. Meskipun cuba bangkit, namun kecederaan lutut yang dialami terlalu serius.

Setelah bersara, Ken Shellito menyertai barisan kejurulatihan Chelsea dimana beliau diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan pembangunan Chelsea. Pada 1977, Shellito kemudiannya dinaikkan pangkat dimana beliau dilantik sebagai pengurus pasukan.

Ketika menguruskan Chelsea, Shellito berjaya mengekalkan Chelsea dalam Divisyen Pertama pada tahun 1977/1978. Pada tahun yang sama, Chelsea turut memenangi Piala FA dengan menewaskan pasukan Liverpool yang bergelar juara Eropah ketika itu. Setahun kemudian, Shellito meninggalkan Chelsea dan datang ke Malaysia.

Shellito kemudiannya menjadi ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur. The City Boys berjaya memenangi satu Piala FA ketika di bawah bimbingan Shellito. Beliau kemudiannya membimbing pasukan Perak dan Sabah. Pasukan terakhir yang dibimbing Shellito adalah MPPJ FC sebelum dia bersara dan memberi fokus kepada pembangunan bolasepak.

Kami di Inikan Bola mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Ken Shellito.

Baca Juga: Malaysia – Dari AFC Ke OFC, Mungkinkah ?

Leave a Reply