Sumber Gambar: Suaraperak.com

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim terus mendapat kecaman gara-gara tindakan syok sendiri beliau yang membawa pulang trofi Piala Malaysia dan meletakkan trofi tersebut di celah kangkangnya.

Baru-baru ini, terdapat kempen di media sosial seperti Twittter dan Facebook yang mahukan Hasnul untuk meletakkan jawatan dengan menggunakan hashtag #PresidenPafaSilaLetakJawatan #PresidenPafaOut.

Walaupun sudah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka, namun permohonan maaf Hasnul bagaikan tidak diterima apabila beliau dianggap merendahkan nilai trofi yang menjadi kebanggaan pasukan dan juga peminat Liga Malaysia.’

Bahkan, ada juga kempen yang mengajat peminat Perak untuk memboikot majlis perarakan piala itu di setiap daerah yang dirancang kerajaan negeri dan PAFA dalam masa terdekat.

Tidak ketinggalan, laman Facebook rasmi dan peribadi Hasnul Zulkarnain yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Koperasi negeri Perak turut menjadi sasaran dengan pelbagai kecaman selain ‘troll’ daripada para peminat.

Tindakan Hasnul yang membawa trofi Piala Malaysia berarak menaiki bas dua tingkat di sekitar Parit Buntar semalam turut menjadi bahan troll netizen kerana perarakan tersebut tidak mendapat sambutan dan hanya syok sendiri.

Pada masa yang sama, bekas Timbalan Presiden PAFA dan pengurus Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya meminta peminat untuk memaafkan Hasnul kerana beliau sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf secara terbuka.

Datuk Shahrul Zaman Yahya menulis di Facebook beliau dengan mengatakan “Salam… saya mohon kita semua penyokong Perak memaafkan YB@hasnul_zulkarnain. Beliau sudah pun memohon maaf. Kita maafkanlah beliau… kita semua manusia yang tidak maksum… Datuk Seri Puhat dan saya pun ada buat kesilapan masa kami menerajui PAFA.

“Let’s move on… banyak kerja yang pengurusan PAFA perlu buat untuk musim hadapan… kita berikan mereka ruang untuk persiapkan pasukan tahun hadapan.. insya-Allah.. wassalam.

Baca Juga: Peluang Brendan Gan Dan Faiz Nasir Sudah Tertutup

Leave a Reply