Sumber Gambar: Utusan Online

Pemain muda negara, Akhyar Rashid bersedia untuk diturunkan bersama pasukan senior meskipun beliau melalui satu jadual yang padat tahun ini. Selain beraksi bersama Kedah, Akhyar setakat ini telah beraksi bersama pasukan bawah 19, bawah 23 tahun dan juga pasukan senior.

Akhyar baru saja kembali daripada tugasa bersama skuad bawah 19 tahun di Indonesia dan mula menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan pada Rabu lalu.

“Saya baru memulakan latihan dengan skuad kebangsaan kerana sebelum ini saya diberi cuti selepas selesai Kejohanan AFC di Indonesia. Saya harap dapat beri persembahan terbaik untuk pasukan,” katanya kepada Berita Harian.

Ketika beraksi bersama skuad bawah 19 tahun di temasya AFC Bawah 19 Tahun, Akhyar berdepan masalah kecergasan dan beliau hanya diturunkan pada lewat permainan pada dua perlawanan pertama ketika tewas kepada Arab Saudi dan seri dengan Tajikistan. Akhyar hanya diturunkan dalam kesebelasna utama pada perlawanan terakhir menentang China.

“Kadang-kadang saya alami kejang otot, namun apa yang penting saya kena cukup rehat dan kena buat lebih latihan kecergasan bagi kempen Piala AFF nanti,” tambah Akhyar.

Kelibat Akhyar sememangnya menjadi harapan utama untuk membawa pulang trofi Piala Suzuki edisi kali ini. Dengan adanya Akhyar ditambah dengan Safawi Rasid dan juga Mohamadou Sumareh, bahagian serangan pasukan negara dilihat mampu untuk merobek benteng pertahanan lawan.

Bersedia ataupun tidak, pemain sayap Kedah ini akan bersaing dengan dua pemain senior iaitu Syazwan Zainon dan juga Norshahrul Idlan Talaha bagi merebutkan posisi sayap kiri dalam kesebelasan utama pasukan negara.

Skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Maldives esok sebagai pemanas badan terakhir sebelum terbang ke Phnom Penh bagi menghadapi pasukan Kemboja pada perlawanan pertama kumpulan A pada 8 November nanti.

Ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe kemudiannya akan mengumumkan senarai akhir seramai 23 pemain selepas perlawanan menentang pasukan Maldives yang akan dibawa untuk menghadapi cabaran dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018.

Baca Juga: Untuk Berjaya, Anda Harus Bekerja Keras – Gianni Infantino

Leave a Reply