Sumber Gambar: Kedah FA

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengambil keputusan untuk tidak menyambung khidmat lima pemain import yang beraksi buat pasukan dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Lima pemain import terbabit ialah Sandro Da Silva; Liridon Krasniqi; Alvaro Silva; Paolo Rangel serta Andik Vermansah.

Perkara itu diumumkan KFA melalui laman sosial Facebook mereka semalam, selepas pemain import kelahiran Brazil, Sandro mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan apabila memaklumkan khidmatnya tidak disambung.

KFA turut memberikan penghargaan di atas khidmat cemerlang Sandro selama menyarung jersi skuad Hijau Kuning dimana beliau turut membantu pasukan Kedah mengecapi kejayaan antaranya Piala Malaysia edisi 2016.

SEHINGGA KETEMU LAGI AMIGO!Pihak pengurusan KFA telah memaklumkan Sandro Mendonca, beliau tidak akan ditawarkan…

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Friday, 2 November 2018

Sementara itu, melalui laman sosial Facebook peribadi Sandro, beliau meluahkan perasaan sedih kerana tidak diberi peluang untuk kekal bersama pasukan setahun lagi, selepas berbakti selama empat tahun.

“Kepada semua peminat yang telah menyokong saya selama ini, saya ingin memaklumkan pengakhiran tugas saya bersama Kedah pada musim ini.

“Saya dimaklumkan melalui emel oleh KFA, khidmat saya tidak disambung dan keputusan ini telah dibuat pengurusan, walaupun saya sudah mengumumkan mahu kekal bersama Kedah.

“Itulah bola sepak. Kita perlu bersikap profesional dan terus memandang ke depan. Saya tetap bangga dengan pencapaian dan kejayaan pasukan, demi penyokong yang sentiasa mahu menyaksikan perlawanan menarik,” kata beliau.

Sandro turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sepanjang berada di Kedah sejak musim 2015.

“Sepanjang berada di sini (Kedah), saya seperti berada di negara saya (Brazil). Kita menang bersama, kalah bersama. Kita ketawa bersama dan pernah menangis bersama. Inilah dunia bolasepak dan saya akan merindui kamu semua.

Antara kejayaan yang dikecapi Sandro bersama Kedah ialah Piala Malaysia 2016, Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017, Juara Piala FA 2017 dan Naib Juara Piala Malaysia 2017.

Baca Juga: Akhyar Rashid Sedia Untuk Diturunkan

Leave a Reply