Sumber Gambar: FA Penang

Pemain Pulau Pinang yang yany tidak menerima gaji selama empat bulan terakhir kini mula menerima menerima cek masing-masing bermula semalam. Perkara ini disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah.

Menurut Dr.Pripal, kelewatan dua minggu berbanding tempoh yang dijanjikan berpunca daripada kertas kerja yang dihantar kepada bahagian kewangan negeri tidak memenuhi syarat dan dikembalikan kepada FAP.

Cek berkenaan merupakan pembayaran bagi tunggakan untuk dua bulan yang keseluruhan melibatkan jumlah sebanyak RM1.5 juta.

“Bagi pemain berketurunan India yang akan menyambut Deepavali pula, kita mengeluarkan cek tunai pada hari ini ,” katanya kepada Utusan.

Dr. Amar Pritpal sebelum ini berjanji akan menyelesaikan tunggakan gaji selama empat bulan pada 18 Oktober lalu, namun perkara berkenaan tidak dapat dilaksanakan sehingga mencetuskan kritikan kepada persatuan di media sosial.

Bebeapa pemain Pulau Pinang memberitahu mereka mereka menghadapi masalah kewangan apabila menerima panggilan pihak bank yang menuntut supaya pinjaman perumahan dan kereta diselesaikan.

Dr. Amar Pritpal kemudiannya memberikan jaminan pihaknya akan menyelesaikan tunggakan baki dua bulan lagi dalam tempoh terdekat.

“Kita akan buat kertas kerja untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan untuk kelulusan dan berharap segalanya lancar,” katanya.

Beliau memberitahu, FAP berdepan masalah kewangan yang serius termasuk gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain bebanan hutang bermula 2016 sehingga tahun ini.

Apa yang pasti, bayaran pendahuluan dua bulan gaji yang diterima pemain sedikit-sebanyak dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan peribadi.

FAP perlu mengotakan janji mereka secepat mungkin bagi membolehkan pemain untuk mendapatkan hak mereka sekaligus memberikan tumpuan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Baca Juga: FAM Bakal Pertimbangkan Hasrat Subkhiddin

Leave a Reply