Sumber Gambar: Twitter

Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan kekecewaannya terhadap reka bentuk trofi Kasut Emas Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018. Baginda juga meminta individu yang bertanggungjawab untuk segera meletak jawatan.

Reka betuk trofi Kasut Emas yang dianugerahkan kepada Shafiq Shahrudin mendapat kritikan dan juga menjadi bahan troll oleh netizen dan juga peminat bola sepak tanah air.

TMJ berkata beliau tidak boleh menerima kerana kualiti reka bentuk trofi tidak seperti yang diinginkan dan beliau mahukan sesiapa saja yang bertanggungjawab dalam memilih trofi tersebut segera meletak jawatan.

“Saya ada dimaklumkan mengenai kualiti anugerah yang diberikan semasa ABK 2018 dan jelas sekali perkara itu tidak boleh diterima dan saya berharap sesiapa sahaja yang bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan.

“Baru 13 jam saya ke luar negara dan masalah sudah berlaku. Sesiapa yang bertanggungjawab, sila letak jawatan.

“MFL, selesaikan masalah ini dan berikan mereka (pemenang) anugerah yang lebih berkualiti. Utamakan kualiti dan bukan kuantiti,” katanya di laman media sosial Twitter milik beliau.

Sebagai badan yang profesional, sepatutnya MFL memilih trofi yang memiliki reka bentuk lebih cantik dan sesuai untuk diberikan kepada pemain yang sudah bertungkus-lumus dan menampilkan permainan terbaik mereka dalam saingan Liga Malaysia musim 2018.

Semoga perkara ini tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Baca Juga: Anugerah Dimenangi Bakar Semangat Safawi Rasid

Leave a Reply