Sumber Gambar: Raja Futsal

Pengeluar telefon pintar ternama, Vivo dan syarikat telekomunikasi gergasi Malaysia, Digi telah bekerjasama dengan Raja Futsal dimana mereka menawarkan RM100,000 untuk diperebutkan oleh perserta Raja Futsal edisi 2018.

Kejohanan yang diadakan khas untuk pemain berusia 18 hingga 30 tahun ini telah berjaya menarik minat pasukan-pasukan dari serata negara dimana kini sebanyak 32 pasukan telah diletakkan dalam 8 kumpulan bagi merebutkan hadiah utama yang ditawarkan.

Peringkat kelayakkan telah diadakan pada bulan Julai dan juga Oktober lalu dimana pusingan akhir pula akan diadakan di ibu negara pada November ini.

64 pasukan daripada setiap negeri di Malaysia telah mengambil bahagian dimana 2 pasukan teratas dari setiap negeri akan layak untuk beraksi di Peringkat Akhir. Bagi Wilayah Persekutuan dan Selangor, 4 pasukan sudah terpilih bagi mewakili negeri masing-masing.

Pasukan yang muncul sebagai 4 pasukan terbaik pada acara Peringkat Akhir akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, RM20,000 dan RM2,500 (2 pasukan untuk kedudukan ke-3) dan mereka juga menerima pingat dan barangan cendera hati. Hadiah yang ditawarkan merupakan hadiah terbesar dalam sejarah pertandingan futsal di Malaysia setakat ini.

Pusingan akhir akan diadakan pada 10 November ini di Futsal Courts( 1 ) Stadium Panasonic Shah Alam dan anda boleh RSVP tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir di laman web Raja Futsal.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemuncak Raja Futsal 2018 pada 10 November ini kerana ada banyak aktviti dan juga pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Baca Juga: TMJ Kecewa Dengan Trofi Kasut Emas ABK 2018

Leave a Reply