Sumber Gambar: Astro Awani

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim akhirnya akur dengan desakan dari ramai pihak yang mahukan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai presiden persatuan itu. Semalam, Hasnul mengumumkan peletakan jawatan beliau.

Hasnul mengumumkan perkara ini pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Eksekutif PAFA, namun beliau masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan itu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat untuk memberikan tumpuan terhadap tugasan politiknya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

“Lima bulan (memegang jawatan) tempoh sangat mencabar, Allah berikan saya peluang untuk menguruskan sebuah pasukan yang digilai ramai orang.

“Jika masih ingat masa sidang media pertama saya (selepas memegang jawatan Presiden PAFA), saya menyatakan ingin membawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, saya berjaya membawanya sehingga Perak muncul juara.

“Jika masih ingat masa sidang media pertama saya (selepas memegang jawatan Presiden PAFA), saya menyatakan ingin membawa Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia, saya berjaya membawanya sehingga Perak muncul juara.

“Saya menilai dalam tempoh seminggu dua ini, kerja saya sedikit terganggu (selepas kes cara mengendalikan trofi Piala Malaysia), bagaimanapun saya terus beri fokus pada PAFA,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Hasnul dipilih sebagai Presiden PAFA pada Kongres Tahunan ke-60 PAFA, 21 Julai lalu selepas menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Namun, tindakan Hasnul yang meletakkan trofi Piala Malaysia di celah kangkangnya telah menyebankan kemaraham ramai pihak dan mahukan Hasnul untuk melepaskan jawatan sebagai presiden.

Hasnul kemudiannya akur dengan desakan tersebut dan mengambil langkah untuk meletak jawatan.

Tambah Hasnul, akan menyerahkan surat peletakan jawatannya itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizul Azumu dalam tempoh terdekat.

Baca Juga: Hasul Zulkarnain Akan Terus Pertahanan Jawatan

Leave a Reply