Sumber Gambar: Rizal Hashim Blogspot

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Omar Ali berkata pihaknya sudah mempunyai pelan B jik Raja Muda Selangor, Tunku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah enggan untuk menerima lantikan sebagai presiden persatuan tersebut.

Menurut Omar, ahli gabungan sudah menyatakan persetujuan dimana jawatankuasa eksekutif yang dilantik berhak memilih presiden baharu sekiranya Tengku Amir Shah enggan untuk menerajui badan induk bola sepak Selangor itu.

“Kita berharap sangat tuanku kekal, tiada salahnya untuk menerima lantikan semula jawatan presiden ini.

“Tetapi jika perkara itu terjadi (Tengku Amir menolak), ahli gabungan dalam kongres ini telah menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu untuk memilih dan melantik presiden sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan,” katanya kepada Sukan Sinar.

Tambah Omar Ali, pihaknya belum mempunyai nama tertentu sebagai pengganti Tengku Amir.

“Kita belum ada nama lagi untuk presiden baharu. Buat masa ini kita belum fikirkan kerana kalau boleh kita mahu tuanku kekal bersama kami,” katanya.

Di sini penulis berpendapat Omar Ali sedikit keterlaluan apabila beliau menyatakan pihaknya mempunyai pelan B sekiranya RMS enggan menjadi Presiden.

Beliau sepatutnya menghormati Raja Muda sebagai presiden persatuan tersebut dan tidak mengeluarkan kenyataan sebegini rupa. Ramai pihak yang menyifatkan kenyataan Omar sebagai biadap dan hanya gilakan kuasa dalam FAS.

Berikutan ahli gabungan telah membuat satu perjumpaan bagi menentukan urus tadbir persatuan, Raja Muda selaku presiden telah mengeluarkan kenyataan dimana beliau tidak mengiktiraf sebarang keputusan dan pemilihan jawatankuasa baharu pada Kongres Luar Biasa (EGM) badan induk itu.

“Beta sekali lagi ingin menekankan bahawa perjumpaan itu tidak sah, tidak mengikuti prosedur yang betul dan juga tidak diiktiraf oleh beta dan juga persatuan,” kata RMS.

Beliau juga mendakwa kumpulan yang menganjurkan EGM itu gagal menunjukkan sebarang bukti kepada Pesuruhjaya Sukan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa mereka mempunyai korum yang cukup untuk mengadakan kongres tersebut.

Baca Juga: Jangan Ganggu Raja Muda Selangor – Khalid Ali

Leave a Reply