Sumber Gambar: Perak TBG

Setelah berjaya muncul juara Piala Malaysia 2018, kini pemain Perak mendapat durian runtuh apabila mereka diberikan ganjaran lumayan oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri insentif RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada setiap pemain dan pegawai pasukan sebagai menghargai pemain dan pegawai pasukan bola sepak yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun.

“Selain insentif yang akan diberikan PAFA, kerajaan negeri akan menambah insentif RM10,000 setiap pemain dan satu lot tapak rumah selain daripada pingat yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam.

“Lot tapak rumah diberikan itu saya kurang pasti di mana kerana ia akan diuruskan oleh Pengarah PTG (Pejabat Tanah dan Galian).

“Insentif diberikan PAFA juga saya tidak pasti berapa kerana masalah sekarang di PAFA ini, presiden (Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim) baru sahaja meletak jawatan namun kerajaan negeri akan menyerahkan insentif itu secepat mungkin,” katanya kepada Berita Harian.

Perak berjaya muncul juara Piala Malaysia 2018 setelah menewaskan pasukan Terengganu FC dalam satu perlawanan akhir yang penuh dengan debaran dan juga kontroversi akibat daripada tindakan pengadil perlawanan, Suresh Jayaraman.

Sebelum ini, pengurusan pasukan Perak berjaya mengekalkan ketua jurulatih pasukan, Mehmet Durakovic bagi saingan musim hadapan setelah bekas jurulatih Selangor ini menukar fikiran dan mahu kekal membimbing pasukan Perak.

Mehmet dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pada September lalu namun beliau kemudiannya memutuskan untuk kekal bersama Perak.

Apa yang pasti, dengan pemberian durian runtuh ini diharapkan para pemain dapat meningkatkan lagi prestasi mereka kerana The Boss Gaurus akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim hadapan.

Baca Juga: Penyokong Mahu Ahmad Faizal Jadi Presiden

Leave a Reply