Sumber Gambar: FAM

Hari yang dinantikan telah tiba. Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Thailand di Stadium Rajamangala pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018. Di sini, kami kongsikan kepada anda ramalan kami mengenai kesebelasan utama yang mungkin digunakan oleh Tan Cheng Hoe malam ini.

1. Farizal Marlias

Sumber Gambar: FAM

Farizal tidak banyak diuji pada perlawanan pertama di Bukit Jalil minggu lalu kerana Thailand lebih gemar untuk bertahan sepanjang perlawanan. Beliau dilihat bakal diturunkan dalam perlawanan getir malam ini berdasarkan pengalaman menentang Thailand.

2. Syahmi Safari

Sumber Gambar: The Star

Syahmi beraksi dengan cemerlang ketika perlawanan pertama dimana gandingan beliau bersama Sumareh semakin serasi dan sentiasa menghadirkan ancaman terhadap kubu pertahanan lawan.

3. Aidil Zafuan

Sumber Gambar: Goal.com

Aidil berjaya mengemudi jentera pertahanan negara dengan menghalang barisan serangan Thailand daripada mengamcam kubu negara.

4. Shahrul Saad

Sumber Gambar: Soha

Sama seperti Aidil, Shahrul beraksi dengan baik bagi memastikan benteng pertahanan negara tidak dibolosi pada perlawanan pertama menentang Thailand.

5. Nazirul Naim

Sumber Gambar: Goal.com

Dengan situasi Syazwan Andik Ishak masih belum jelas, Nazirul berkemungkinan besar bakal diturunkan dalam kesebelasna utama.

6. Syamer Kutty Abba

Sumber Gambar: FAM

Syamer menjadi antara pemain yang beraksi dengan cemerlang pada perlawanan di Bukit Jalil minggu lalu. Beliau bakal menjadi harapan utama negara untuk menghentikan serangan lawan dari bahagian tengah.

7. Akram Mahinan

Sumber Gambar: FAM

Seorang lagi pemain yang bakal memainkan peranan penting dalam memastikan barisan serangan Thailand tidak menembusi benteng pertahanan negara.

8. Safawi Rasid

Sumber Gambar: FAM

Pawi mempunyai peluang keemasan untuk menjaringkan gol minggu lalu namun beliau gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut. Pemain berusia 21 tahun ini sudah pasti mahu membalas dendam dengan merobek gawang Thailand.

9. Norshahrul Idlan Talaha

Sumber Gambar: FAM

Seperti biasa, Matyo akan menjadi perancang kepada gerakan serangan pasukan dan akan membantu penyerang utama bagi mencari jaringan.

10. Akhyar Rashid

Sumber Gambar: FAM

Situasi Mohamadou Sumareh masih samar setelah beliau mengalami kecederaan pada perlawanan pertama. Oleh itu, Akhyar dijangka bakal diturunkan dalam kesebelasan utama.

11. Zaquan Adha

Sumber Gambar: FAM

Ketua pasukan negara ini dijangka sekali lagi diberi tanggungjawab untuk memimpin bahagian serangan dan mencari gol di tempat lawan yang sangat bermakna untuk pasukan negara.

Itulah dia ramalan kesebelasan utama kami untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Malaysia menentang Thailand malam ini. Semoga kemenangan menjadi milik kita!

Baca Juga: Shahrul Saad Sedia Kawal Adisak Kraisorn

Leave a Reply