Sumber Gambar: The Star

Setelah Harimau Malaya berjaya melayakkan diri ke pentas perlawanan akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018, Kementrian Belia dan Sukan (KBS) sedia membantu penyokong yang mahu bertandang ke tempat lawan pada 15 Disember nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan perkara ini di Instagram milik beliau sejurus selepas perlawanan antara Malaysia menentang Thailand tamat.

View this post on Instagram

Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018 ! . Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku! . Ingat! . KBS tidak akan sesekali berkompromi dengan pesalah ulat tiket, perokok di stadium dan mereka yang membuang sampah merata-rata ! . KBS juga akan berusaha mendapatkan penerbangan khas bagi perlawanan di tempat lawan (away game) pada kadar yang berpatutan dengan kerjasama syarikat penerbangan. ✈️ . Sementara menanti pengumuman penjualan tiket Final, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjual suite korporat VVIP kepada syarikat korporat dan individu yang berminat. . Ini selari dengan agenda KBS yang mahukan agensi di bawahnya menjana pendapatan sendiri dan kurang kebergantungan kepada wang rakyat. . Ayuh kita gegar rumah kita dengan semangat Harimau Malaya! . #Negaraku 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Syed Saddiq berkata KBS akan berusaha untuk mendapatkan penerbangan khas bagi perlawanan di tempat lawan pada kadar yang berpatutan dengan kerjasama daripada syarikat penerbangan.

Untuk perlawanan separuh akhir kedua, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia menubuhkan satu inisiatif apabila menyediakan penerbangan dengan tambang berpatutan bagi penyokong Harimau Malaya bertandang ke Bangkok.

Inisiatif tersebut nyata disambut baik oleh para peminat dan mereka menggesa syarikat penerbangan lain seperti Malaysia Airlines dan Malindo Air untuk menubuhkan inisiatif sama.

Syed Saddiq turut meluahkan kegembiraan beliau setelah pasukan Malaysia mara ke perlawanan akhir dan mengajak penyokong Harimau Malaya untuk memenuhi segenap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember nanti.

”Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018. Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku! Ayuh kita gegar rumah kita dengan semangat Harimau Malaya!,” katanya.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga mengingatkan para penyokong untuk mendapatkan tiket perlawanan akhir daripada saluran yang betul dan menjaga tatatertib sepanjang berada di sekitar stadium.

“Ingat. KBS tidak akan sesekali berkompromi dengan pesalah ulat tiket, perokok di stadium dan mereka yang membuang sampah merata-rata,” tambahnya.

Sementara menunggu menanti pengumuman penjualan tiket perlawanan akhir, Syed Saddiq berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan menjual ruang tempat khas orang kenamaan (VIP) kepada syarikat korporat dan juga kepada individu yang berminat.

Katanya, pendekatan itu selari dengan agenda KBS yang mahukan agensi dibawahnya menjana pendapatan sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada wang rakyat.

Baca Juga: Malaysia Berhak Ke Pentas Final – Rajevac

Leave a Reply