Sumber Gambar: TKA

Johor Darul Ta’zim terkejut dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang cuba memaniulasi peminat setia mereka mengenai rundingan JDT dengan bekas pemain pasukan tersebut yang sekarang ini menjadi ejen bebas, Akhyar Rashid.

Pengarah Teknikal Sukan Bola Sepak JDT, Alistair Edwards mengeluarkan satu kenyataan di laman media social rasmi JDT, Johor Southern Tigers dengan mengatakan KFA menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai rundingan juara Liga Super 2018 itu bersama Akhyar.

“Kami terkejut melihat akaun media sosial milik Kedah FA yang cuba memanipulasi penyokong dengan menyebarkan maklumat kurang tepat berkenaan pengumuman Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa Harimau Selatan sedang berunding dengan pemain ejen bebas, Akhyar Rashid.

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak perlu untuk menghubungi Kedah FA kerana Akhyar adalah pemain ejen bebas selepas menamatkan kontrak beliau dengan Kedah. Pampasan yang perlu dibayar oleh JDT kepada Kedah jika Akhyar bersetuju menandatangani bersama JDT telah pun ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas rundingan yang dibuat berdasarkan undang-undang bola sepak.

“JDT akan menghormati keputusan ini dan akan membuat bayaran yang sepatutnya jika kami mencapai perjanjian dengan Akhyar,” kata Alistair.

Semalam, KFA mengeluarkan satu kenyataan dimana mereka mahu menghantar rayuan kepada Jawatan Kuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tujuan rayuan tersebut dihantar adalah mereka mahukan FAM untuk melihat semula kepada transfer saga ini. Surat rayuan tersebut akan dikeluarkan hari ini.

Kemelut perpindahan diantara Akhyar Rashid dan KFA ini bermula sejak Liga Malaysia melabuhkan tirainya pada bulan lalu. Malah, isu ini masih menjadi topik perbincangan ketika Akhyar mewakili pasukan kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018 lalu.

Apa yang pasti, kedua-dua pasukan perlu segera menyelesaikan kemelut yang berlaku agar ianya tidak mengganggu persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Baca Juga: JDT Buka Rundingan Bersama Akhyar Rashid

Leave a Reply