Sumber Gambar: Barito Putera

Teka-teki mengenai masa depan pemain tengah Selangor, Evan Dimas Darmono akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai kelab yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia, Barito Putera.

Perkara ini diumumkan oleh Barito menerusia laman media sosial rasmi pasukan. Evan telah menandatangani kontrak selama setahun dan beliau akan memakai jersi bernombor 6.

View this post on Instagram

[News Flash] EVAN DIMAS RESMI KE BARITO KEJUTAN manis hadir dari kubu Barito Putera jelang berakhirnya tahun 2018. Gelandang Timnas Indonesia, Evan Dimas Darmono didatangkan guna menambah kekuatan tim musim depan. Evan diikat kontrak dengan durasi 1 tahun kedepan. _ Penandatanganan kontrak dilakukan di kediaman Hasnuryadi Sulaiman, di jalan Hang Tuah Raya, Jakarta, Selasa (25/12) malam. _ "Kita bersyukur Evan Dimas sudah bergabung dan menjadi bagian keluarga besar PS Barito Putera. Semoga hadirnya Evan bisa membawa keberkahan bagi kita, dan Barito bisa berprestasi di tahun 2019. Amin Allahummaamin," kata Manajer klub, Hasnuryadi Sulaiman. _ Sementara itu, Evan Dimas sendiri mengaku senang bergabung dengan Barito. Dirinya berkomitmen akan mempersembahkan prestasi bagi Laskar Antasari musim depan. "Karena saya sudah komitmen sama Barito, jadi sebagai seorang profesional saya harus membawa Barito berprestasi di tahun depan," tegasnya. . . . #PrideOfBanua

A post shared by PS.BARITO PUTERA (@psbaritoputeraofficial) on

“Kita bersyukur Evan Dimas sudi untuk menyertaki kami dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar PS Barito Putera. Semoga dengan kehadiran Evan boleh membawa keberkahan bagi kita, dan Barito mampu untuk menampilkan prestasi baik pada tahun 2019. Amin Allahummaamin,” kata pengurus pasukan, Hasnuryadi Sulaiman.

Evan Dimas mengakui beliau berasa gembira apabila menyertai Barito. Menurut pemain yang diberikan gelaran “Anak Ajaib” ini, beliau mahu memastikan kelab yang berpangkalan di Banjarmasin, Kalimantan Selatan ini menjadi pasukan pencabar kejuaraan musim hadapan.

“Kerana saya sudah mempunyai komitmen bersama Barito, sebagai pemain profesional saya harus memastikan Barito Putera menjadi pasukan pencabar kejuaraan musim hadapan,” kata Evan.

Evan beraksi dengan baik pada permulaan musim dimana beliau mengawal jentera tengah pasukan Selangor dengan cemerlang. Pemain berusia 23 tahun ini serta-merta menjadi pemain kegemaran peminat disamping penyerang import, Rufino Segovia.

Meskipun barisan kejurulatihan Selangor mengalami perubahan, Evan berjaya mengekalkan momentum dan beraksi dengan baik di bahagian tengah pasukan.

Akan tetapi, jodoh Evan bersama Gergasi Merah nyata tidak panjang. Meskipun para peminat mahukan pemain ini untuk dikekalkan bagi menghadapi saingan musim 2019, namun tawaran yang diberikan oleh Barito mungkin lebih besar dan lumayan sehinggakan Evan setuju untuk menyertai mereka.

Sebelum Barito berjaya mendapatkan khidmat beliau, ada dua pasukan iaitu Persebaya Surabaya dan bekas juara Liga 1, Bhayangkara FC dikatakan bersedia berlumba bagi mendapatkan tandatangan Evan Dimas.

Minggu ini bukan sahaja Evan Dimas yang meninggalkan pasukan Liga Malaysia untuk beraksi bersama pasukan dalam saingan Liga 1 Indonesia. Pemain sayap Kedah, Andik Vermansah turut meninggalkan skuad Lang Merah dan menyertai pasukan Madura United.

Baca Juga: Evan Dimas Kekal Bersama Selangor ?

Leave a Reply