Sumber Gambar: Buaksib

Pasukan Perlis semakin rancak dalam mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila membawa masuk bekas penyerang pasukan kebangsaan Thailand, Kirati Keawsombat.

Goal Thailand melaporkan pasukan yang diberi nafas baru ini sudah menandatangani Kirati yang pernah mewakili skuad Gajah Perang pada tahun 2009 hingga 2014 dan pengumuman mengenai perpindahan beliau akan dibuat pada esok.

Malah, laman media sosial rasmi Twitter milik pasukan Perlis turut mengumumkan dimana mereka menjemput para peminat untuk hadir ke Stadium Tuanku Syed Putra bagi menyaksikan Kirati Keawsombat beraksi bersama pasukan.

Kirati beraksi bersama pasukan Nakhon Ratchasima FC disamping penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri Fauzi dalam sangan Thai League 1 musim 2018. Selain pernah beraksi bersama Nakhon, Kirati pernah beraksi bersama pasukan besar seperti Buriram United, Chonburi FC dan PTT Rayong.

Bersama pasukan kebangsaan Thailand, Kirati beraksi dalam tiga saingan Piala AFF Suzuki dimana beliau menjadi sebahagian daripada pasukan yang memenangi edisi 2014 dimana Thailand menewaskan pasukan Malaysia dalam perlawanan akhir.

Hanya saja beliau gagal untuk menampilkan potensi sebenar kerana ada dua penyerang yang sememangnya mempunyai kualiti yang lebih baik iaitu Teerasil Dangda dan Adisak Kraisorn. Kirati banyak memanaskan bangku simpanan ketika beraksi bersama pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala AFF itu.

Penyerang berusia 31 tahun ini bakal bersaing dengan dua lagi penyerang tempatan yang dibawa masuk oleh pengurusan pasukan Perlis sebelum ini. Dua penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang pasukan kebangsaan iaitu Safee Sali dan Khyril Muhymeen.

Perlis bagaikan mendapat nyawa baru sejak diambil alih oleh Datuk Amizal Shaifit Ahmad Rafie. Beberapa perubahan dilakukan dari segi pemain dan juga barisan kejurulatihan bagi memastikan pasukan yang dulunya disegani ini menjadi pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia.

Baca Juga: Perlis Serius Mahu Dapatkan Akhyar Rashid

Leave a Reply