Sumber Gambar: Kedah FA

Pasukan Perlis gagal mendapatkan khidmat Liridon Krasniqi setelah bekas pemain tengah Kedah ini memberitahu beliau sudah membuat keputusan untuk menyertai pasukan Liga Malaysia yang lain.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie selepas pihaknya menghubungi Pemain Import Terbaik Liga Malaysia 2016 itu.

Setelah terlepas untuk mendapatkan khidmat Mat Don, Perlis kini mencari pemain import lain dimana ada lima calon yang sudah berada dalam senarai pendek dan akan ditandatangani sebelum tempoh pendaftaran ditutup pada 20 Februari.

“Bagi pemain import kami memang belum menandatangani mana-mana pemain lagi, maknanya kuota empat import masih kosong dan hasrat untuk dapatkan Liridon bukan spekulasi.

“Kami menghubungi Liridon, malangnya dia sudah menyatakan persetujuan untuk bersama pasukan lain di dalam Malaysia, tapi bukan Perlis. Jadi, kita terpaksa melepaskan hajat untuk mendapatkan khidmat dia.

“Masa semakin terhad untuk memilih import dan kami menggunakan saranan daripada penyokong supaya mengambil pemain import yang pernah bermain di Liga M,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Khabar angin bertiup kencang ketika ini dimana juara Piala FA 2018, pasukan Pahang dikhabarkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Liridon.

Sebelum ini, Perlis juga gagal mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe sebagai pengarah bola sepak persatuan itu setelah kontrak Cheng Hoe dilanjutkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga hujung 2020.

Pada masa yang sama, Datuk Amizal turut mengulas mengenai pelantikan Matt Holland sebagai Pengarah bola sepak pasukan Perlis dimana beliau berharap pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Holland dapat membantu pasukan.

“Selain itu, pengetahuan luas dan hubungan baiknya bersama kelab lain turut menjadi faktor kami memilih dia. Malah, dia pun sudah biasa dengan Malaysia dan kita rasa dia pilihan paling tepat selepas tiga atau empat calon yang kita senarai pendek.

“Holland akan bantu barisan kejurulatihan dalam apa jua bentuk yang diperlukan tapi dia tidak akan masuk campur dalam hal pengurusan pasukan utama, dia akan fokus kepada pembangunan,” tambahnya.

Baca Juga: Liridon Krasniqi Sertai Pahang ?

Leave a Reply