Sumber Gambar: Kedah FA

Ketua jurulatih pasukan Kedah, Aidil Shahrin memuji karakter yang dimiliki oleh ketua pasukan skuad kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak dan menyifatkan Zaquan adalah pemimpin yang diperlukan oleh Kedah.

Menurut Aidil, meskipun Zaquan beraksi sebagai penyerang utama ketika mewakili pasukan kebangsaan dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dan saingan Piala AFF Suzuki 2018, namun beliau tidak akan meletakkan pemain berusia 31 tahun itu di posisi tersebut.

“Saya melihat Zaquan beraksi di sebelah kanan, memberikan umpanan kepada penyerang utama pasukan seperti Fernando dan Bauman.

“Zaquan mempunyai pengalaman yang luas dan beliau berjaya memperbaiki kekurangan dalam pasukan. Digandingkan dengan seorang lagi pemain veteran dan ketua pasukan iaitu Baddrol (Bakhtiar), gandingan keduanya bakal menjadi pemimpin dalam pasukan saya.

“Mereka berdua membawa karakter kepimpinan dan ketenangan untuk pemain yang lain dan saya harap kami boleh mempersiapkan diri sebelum musim bermula dan kita mempunyai musim yang baik sebagai satu unit,” kata Aidil menurut laporan FOX Sport Asia.

Tambah bekas pengendali Home United itu, Fernando dan Bauman menjadi pilihan utama beliau untuk mengetuai bahagian serangan dan percaya kedua-dua penyerang import ini bakal meledak gol untuk membawa Kedah kembali ke puncak.


Sumber Video: FGD Football Skills

“Kami telah membawa masuk Rodriguez bagi mengukuhkan lagi bahagian serangan pasukan tetapi saya rasa kita memerlukan seorang lagi penyerang dan Jonathan adalah jawapannya.

“Kedua-dua pemain sangat lincah dan bersama pemain tempatan, perkara ini memberikan keseimbangan apabila bergerak ke hadapan. Kita juga mempunyai fleksibiliti dimana boleh melakukan pertukaran taktikal dengan Zaquan di barisan serangan,” tambah Aidil.

Kedah dilihat mahu bangkit daripada musim yang mengecewakan dimana pada saingan musim 2018, Kedah menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-6. Baru-baru ini mereka mencatat kemenangan ke atas Kelantan dengan keputusan 4-1.

Fernando Rodriguez berjaya mejaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Zaquan dan juga pemain pertahanan import baru, Renan Alves.

Baca Juga: Barisan Serangan Kedah Harus Diberi Perhatian

Leave a Reply