Sumber Gambar: PKNS FC

Bekas pemain import pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) FC, Faris Ramli sah menyertai pasukan Perlis Northern Lions bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.

Peepindahan pemain dari Singapura ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) menerusi laman media sosial rasmi pasukan, @perlisfootball hari ini.

Ketika mewakili PKNS FC musim lalu, Faris tampil dengan baik dimana beliau berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Liga Super. PKNS FC menamatkan saingan liga di tangga ke-3, satu mata di belakang pasukan Perak dan 24 mata di belakang juara, Johor Darul Ta’zim.

Sebelum beraksi bersama PKNS, Faris Ramli terlebih dulu beraksi bersama pasukan Lions XII dari musim 2013 hingga musim 2015. Faris membantu Lions muncul sebagai juara Liga Super musim 2013 dimana mereka menamatkan saingan liga dengan berada tiga mata dihadapan naib juara iaitu pasukan Selangor.

Kelincahan serta pengalaman yang dimiliki oleh Faris bakal menjadi sandaran pasukan Perlis dalam usaha mereka merebut slot untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2020. Ditambah dengan pemain berpengalaman seperti bekas penyerang skuad kebangsaan Safee Sali, Khyril Muhymeen dan bekas ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi, Perlis dilihat mampu untuk mencabar pasukan-pasukan besar dalam Liga Perdana.

Selain Faris, pengurusan pasukan Perlis dikhabarkan sudah menandatangani dua pemain import dari Afrika dimana dua pemain ini beraksi ketika perlawanan pra musim menentang pasukan PKNP FC. Namun, PFA belum membuat sebarang pengumuman.

Baca Juga: Perlis Gagal Dapatkan Khidmat Liridon Krasniqi

Leave a Reply