Sumber Gambar: FAM

Ketua jurulatih pasukan bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan empat pemain daripada senarai sedia ada akibat masalah kecederaan.

Datuk Ong berkata demikian ketika skuad bawah 22 tahun menentang pendatang baru Liga Super, MISC-Mifa di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), semalam.

Menurut OKS, dengan pengguguran empat pemain yang dimaksudkan, kini beliau terpaksa memanggil seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 23 pemain yang akan mengharungi aksi persahabatan di Thailand.

“Tiga pemain digugurkan kerana kecederaan iaitu Izzan Syahmi Mustapa dan Arisdius Jais serta Ariff Ar Rasyid Ariffin yang masih belum pulih daripada demam.

“Seorang lagi pemain yang ketika ini sudah berada di Bangkok iaitu Faisal Halim dilaporkan turut mengalami kecederaan.

“Jadi, saya akan memanggil seorang lagi pemain sama ada dari Kelantan ataupun Kedah,” kata Datuk Ong kepada Berita Harian.

Pada aksi perlawanan persahabatan semalam, anak-anak buah Datuk Ong dilihat sedikit bergelut untuk menembusi benteng pertahanan MIFA.

Meskipun berjaya memperbaiki aksi pada separuh masa kedua, namun skuad bawah 22 tahun negara terpaksa akur apabila tewas dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal pemain import MIFA, Pedro Enrique pada minit ke-12.

Selepas ini, mereka akan terbang ke Thailand untuk bertemu pasukan Army United (14 Januari), Bangkok Glass (16 Januari) dan aksi terakhir menentang Ayutthaya United pada 18 Januari.

Skuad bawah 22 tahun negara akan menghadapi saingan Piala AFF Bawah 22 Tahun. Malaysia diundi dalam kumpulan B di samping pasukan Myanmar, Indonesia, Kemboja dan Singapura. Kejohanan tahun inin akan diadakan di Kemboja pada 17 Februari sehingga 2 Mac.

Selain menghadapi saingan Piala AFF Bawah 22 Tahun, skuad bimbingan Datuk Ong juga akan berdepan dengan saingan peringkat kelayakkan bagi kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun edisi 2020 kelak.

Baca Juga: Harap Syazwan Memanfaatkan Peluang – Yusri

Leave a Reply