Sumber Gambar: FA Selangor

Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Sathianathan berpendapat lambakan pemain skuad kebangsaan dalam pasukan Johor Darul Ta’zim atau Harimau Selatan adalah satu perkara yang positif.

Menurut Sathia, kaedah yang dipraktikkan oleh pasukan Selangor pada era 80an serta 90an ini mampu membantu skuad kebangsaan kerana kebanayakkan pemain sudah biasa beraksi sesama sendiri.

“Dulu Harimau Malaya berjaya kalahkan Korea Selatan dan Jepun sebab apa, kerana masa itu ramai pemain negara datangnya dari Selangor.

“Kalau diikutkan kaedah yang digunakan JDT dengan kumpulkan semua pemain terbaik tempatan dalam satu pasukan sudah dipraktikkan Selangor dahulu. Apabila pemain-pemain ini sudah biasa bermain bersama, jadi bila ada tugasan antarabangsa skuad negara akan tampil kuat.

“Jadi saya tidak melihat apa dilakukan JDT itu satu kesilapan kerana strategi ini pernah dibuktikan Selangor dan ia amat berjaya. Cuma isunya sekarang, pemain JDT khususnya pemain tempatan jangan tenggelam dengan pemain import yang akhirnya merugikan mereka apabila sekadar memanaskan bangku simpanan.

“Pemain (tempatan) kena lawan dan rebut tempat dalam kesebelasan utama. Jika sikap pemain betul, saya rasa tak ada masalah buat JDT untuk muncul antara pencabar terkuat dalam liga (Liga Malaysia) sekali gus dapat juga menyumbang kepada skuad Harimau Malaya dengan barisan pemain yang sama di kelab berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kehadiran dua pemain muda negara, Akhyar Rashid dan Syazwan Andik yang menyertai juara bertahan Liga Super itu menambah koleksi pemain skuad kebangsaan yang sebelum ini membarisi skuad Harimau Selatan.

Antara pemain pasukan kebangsaan yang beraksi bersama JDT ialah Syamer Kutty Abba, Farizal Marlias, Aidil Zafuan Abd Radzak, Adam Nor Azlin, Ahmad Hazwan Bakri, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad.

“Dulu masa tahun 80-an, hampir 80 peratus kekuatan Harimau Malaya adalah dari Selangor. Malah, saya yang waktu itu bermain untuk Negeri Sembilan apabila dipanggil berlatih dengan pasukan negara tidak mengambil masa agak lama untuk mencari keserasian.

“Jadi saya lihat JDT banyak membantu persiapan pasukan negara dan Cheng Hoe pastinya gembira dengan perkembangan itu,” tambah Sathia.

Baca Juga: Kontrak Tamat Kerana Tunggakan Gaji

Leave a Reply