Sumber Gambar: Perlis Super League

Revolusi bola sepak Perlis nyata tidak dilakukan di peringkat pasukan negeri sahaja. Sebuah badan bernama Perlis Talent Inc mengambil inisiatif untuk memeriahkan lagi suasana bola sepak di negeri itu apabila mereka melancarkan Perlis Super League.

Menurut satu kenyataan di laman media sosial rasmi PSL, Perlis Talent Inc bertujuan mempromosi gaya hidup sihat dengan menjadikan sukan bola sepak sebagai aktiviti riadah utama di samping menjadi platform bakat-bakat muda mengasah bakat sebagai pemain, jurulatih dan pengadil. Selain itu, mereka juga mahu memperkenalkan aplikasi sains sukan kepada perserta.

Perlawanan liga yang kompetitif akan dijalankan sepanjang tahun bermula bulan Mac 2019 hingga Ogos 2019 dengan 7 minggu transfer window pada pertengahan Liga. Bagi separuh masa pertama saingan, ianya akan diadakan pada 2 Mac hingga 30 April.

1 Mei sehingga 14 Jun merupakan tempoh rehat dan juga jendela perpindahan akan dibuka pada jangka waktu ini. Saingan separuh masa kedua liga akan bermula pada 15 Jun sehingga 1 September 2019.

Berikut adalah syarat penyertaan dan juga beberapa syarat khas:

Syarat Penyertaan

Sumber Gambar: PSL

Syarat Khas

Sumber Gambar: PSL

Tarikh penyertaan akan dibuka pada 1 Februari 2019 ddan akan diturut pada 25 Februari. Sepak mula Perlis Super League akan bermula pada 1 Mac dan mana-mana pasukan yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di sini.

Bagi saingan Perlis Super League musim ini, pihak penganjur menawarkan hadiah sebesar RM 6,000.00 dimana juara akan memperoleh RM 3,000.00. Naib juara dan tempat ketiga akan menerima hadiah sebanyak RM 2,000.00 dan RM 1,000.00.

Satu inisiatif yang baik oleh Perlis Talent Inc dalam usaha untuk menyemarakkan lagi suasana serta kerancakkan bola sepak di negeri Perlis. Kejohanan sebegini sudah terbukti dapat memeriahkan sukan bola sepak di sesebuah negeri seperti halnya yang dilakukan oleh Football Selangor menerusi kejohanan Selangor Champions League.

Saingan Selangor Champions League nyata mendapat sambutan dimana pemain bertaraf amatur dapat beraksi di peringkat tertinggi sekaligus memperoleh platform untuk mengketengahkan bakat mereka.

Semoga inisiatif ini dapat diikuti oleh semua negeri di Malaysia.

Baca Juga: PFA Bayar Tunggakan Gaji Pemain Mac Ini

Leave a Reply