Sumber Gambar: Astro Awani

Dua pasukan iaitu juara Piala Malaysia 2018, Perak dan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim sudah bersedia untuk bertarung bagi merebut trofi Piala Sumbangsih 2019.

Pemain sayap JDT, Safawi Rasid menegaskan beliau percaya pasukannya dapat mempertahankan trofi Piala Sumbangsih yang dimenangi ketika menewaskan pasukan Kedah musim lalu sekaligus mencatat tiga mata pertama bagi musim 2019.

“Piala Sumbangsih adalah piala pertama yang dipertandingkan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) dan sudah tentu saya dan rakan sepasukan bertekad untuk mempamerkan aksi terbaik memandangkan kami beraksi di laman sendiri.

“Sememangnya keputusan positif ditagih kerana kami tidak mahu piala berkenaan terlepas kepada pasukan lawan dan hilang tiga mata, malah kami sudah diterapkan semangat kekeluargaan dan ia memainkan peranan penting apabila beraksi dalam kancah liga,” katanya kepada Berita Harian.

Pada masa yang sama, nada keyakinan turut disuarakan oleh pasukan Perak dimana dua pemain pertahanannya, Shahrul Saad dan Zac Anderson sedia untuk mengekang segala asakan yang diberikan oleh barisam serangan JDT.

“Dia (Anderson) pun dah biasa dengan liga kita, kehadirannya ke Perak banyak membantu pasukan terutama barisan pertahanan.

“Insya-Allah tiada masalah bentuk gandingan dengannya termasuk bantuan daripada semua pemain pasukan,” kata Shahrul yang beraksi bersama skuad kebangsaan dalam saingan Piala AFF Suzuki 2018.

“Apa yang penting buat masa ini adalah fokus sepenuhnya daripada semua pemain dan bermain secara berpasukan seperti mana dilakukan pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Perlawanan yang akan berlangsung pada esok ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan juga kemampuan yant tersendiri.

Barisan serangan JDT diisi oleh penyerang berbisa, Diogo Luis Santo yang mana bakal dibantu oleh Safawi dan Gonzalo Cabrera atau Akhyar Rashid.

Barisan pertahanan skuad The Boss Gaurus pula bakal dikawal oleh Shahrul Saad dan Zac Anderson. Shahrul berada dalam prestasi terbaik ketika ini setelah beliau membantu skuad kebangsaan mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018. Kecemerlangan pemain yang mesra disapa Badak ini menjadi antara faktor utama kemaraan pasukan negara ke pentas final.

Baca Juga: 5 Pemain Tumpuan Perlawanan Liga Super 2019 Minggu Pertama

Leave a Reply