Sumber Gambar: AsiaOne

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak akan memberi kelonggaran kepada pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing.

Perkara ini disuarakan oleh Pengerusinya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang jelas kecewa dengan kemelut tunggakan gaji yang masih belum menemui titik noktah sehingga ke hari ini.

Menurut Tunku Ismail, kelonggaran yang diberikan oleh MFL disalahgunakan oleh MFL disalahgunakan oleh beberapa pasukan sehingga menyebabkan masalah tunggakan gaji dan hutang terus berlaku sekaligus mencemarkan imej Liga Malaysia.

“Semasa perjumpaan saya dengan semua pasukan (di Johor Bahru), wakil dari Selangor berdiri dan minta saya memberi kelonggaran selama lapan bulan.

“Tetapi apabila MFL beri kelonggaran, semua tidak ikut peraturan. Maaf kepada semua pasukan, selesaikan semua hutang atau tindakan tegas akan diambil.

“Apabila MFL tegas, semua kata MFL kejam. Apabila MFL tidak tegas, pemain-pemain dan staf menjadi mangsa tak dapat gaji,” katanya menerusi akaun Twitter peribadinya.

TMJ juga menyeru kepada pasukan yang terpalit dengan isu tunggakan gaji agar segera menyelesaikan hutang tersebut kerana ianya menyangkut kehidupan peribadi pemain.

“Apabila MFL tegas, semua kata MFL kejam. Apabila MFL tidak tegas, pemain-pemain dan staff menjadi mangsa tak dapat gaji. Saya menyeru kepada semua, tolonglah ada sikap keperimanusiaan dan tanggungjawab. Jangan mudah lepas tangan. Ini berkaitan dengan periuk nasi orang,” tambahnya,

Beberapa pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super dan Perdana musim 2019 ketika ini sedang berhadapan dengan isu tunggakan gaji yang serius. Ada pasukan yang mempunyai tunggakan mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara pasukan yang masih belum melunaskan bayaran gaji pemain mereka ialah Felda United, Perlis dan juga Melaka United.

Baca Juga: MFL Mahu Penjelasan Dari PFA

Leave a Reply