Sumber Gambar: mStar

Penyingkiran pasukan Kuantan FA dari saingan Liga Malaysia musim lalu harus dijadikan sebagai pengajaran buat pasukan yang menghadapi isu tunggakan gaji.

Meskipun Kuantan disingkirkan kerana mereka gagal untuk menghadiri perlawanan Liga Perdana menentang PDRM di Stadium Shah Alam pada 15 April lalu, namun pucuk pangkal permasalahan yang dihadapi oleh mereka ialah akibat daripada masalah tunggakan gaji dan sepatutnya pasukan lain mengambil pengajaran daripada perkara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Kevin Ramalinggam, tindakan tegas yang diambil ke atas Kuantan merupakan indikasi jelas bahawa MFL tidak bersikap lembut dan tidak akan bertoleransi dengan pasukan yang melanggar peraturan.

Tambah Kevin, sekatan kewangan, pemotongan mata atau menyingkirkan pasukan ke liga bawahan antara hukuman yang boleh dikenakan terhadap pasukan ingkar peraturan.

“Kita akan ambil pertimba­ngan dari segala sudut sebelum membuat keputusan, namun untuk menyatakan MFL terlalu berlembut adalah tidak benar kerana kita pernah menyingkirkan Kuantan FA ekoran melanggar peraturan.

“MFL juga boleh mengenakan sekatan kewangan, pemoto­ngan mata atau me­nyingkirkan pasukan ke liga bawah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, Jawatan­kuasa Status Per­sa­­­tuan Bola­sepak Ma­­­laysia (FAM) me­nge­luarkan senarai enam pasukan yang terlibat dengan tuntutan gaji pemain serta pegawai pasukan masing-masing.

Kelab Liga Super, Felda United mengetuai senarai tertinggi, diikuti PDRM, Perlis, Kuantan FA, Hanelang FC dan Terengganu City FC.

The Fighters mencatat tungakan keseluruhan RM1.33 juta manakala PDRM RM90,000, Perlis (RM52,000), Kuantan FA (39,600), Hanelang FC (RM224,000) dan Terengganu City FC (RM239,000) menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM2 juta.

FAM telah memberikan masa selama 30 hari dari tarikh keputusan dikeluarkan untuk enam pasukan di atas melunaskan segala tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Baca Juga: Tiada Lagi Maaf Buat Pasukan Bermasalah

Leave a Reply