Sumber Gambar: Perak TBG

Ketua jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic berharap pemainnya dapat menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di Korea Selatan apabila mereka bakal turun menentang Ulsan Hyundai di Pusingan Kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 Selasa ini.

Menurut Mehmet, kebanyakkan pemain Perak tidak pernah beraksi dalam cuaca sejuk yang dijangka mencecah suhu dibawah 10 darjah celcius dan keadaan ini boleh mendatangkan masalah besar kepada pasukan.

“Mereka (pemain) tidak pernah beraksi dalam keadaan begini, ini adalah masalah besar kerana mereka bermain dalam suhu 28 hingga 29 darjah celsius di sini dan ini memang bukan perkara mudah.

“Namun ini adalah bola sepak, walaupun ia adalah sukar namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tambah Mehmet, pasukannya akan mengadakan satu lagi sesi latihan di Stadium Perak pada esok pagi bagi menilai prestasi serta keadaan semua pemain sebelum bertolak ke Korea Selatan.

Kita akan melihat esok prestasi pemain sebab ada lima, enam pemain mengalami kecederaan dan pasukan akan beraksi sebaik mungkin pada perlawanan itu nanti.

“Ulsan bukan pasukan mudah kerana mereka mempunyai pemain tempatan dan kebangsaan yang sangat bagus serta menunjukkan prestasi sangat baik,” ujarnya.

Ulsan Hyundai, yang musim lalu menghuni tangga ketiga saingan K League 2018 sudah pasti menjadi lawan yang sukar buat juara Piala Malaysia 2018 ini. Rata-rata pemain pasukan yang muncul juara ACL edisi 2012 ini mempunyai pengalaman yang luas beraksi di pentas Asia dan perkara ini bakal menjadi perbezaan antara kedua-dua pemain pada perlawanan Selasa ini.

Bahagian serangan Ulsan berkemungkinan besar diisi oleh penyerang yang menjaringkan 22 gol dalam saingan liga musim lalu, Junior Negrao.


Sumber Gambar: Zimbio

Negrao menghuni tangga ketiga dalam carta penjaring terbanyak K League musim lalu dimana beliau berada di belakang Uros Doric yang beraksi buat Gangwon FC dengan perolehan 24 gol dan Marcao yang beraksi buat Gyeongnam FC dengan perolehan 26 gol.

Selain Negrao, pemain Perak juga harus mengunci gerak-geri pemain tengah Ulsan, Han Seung-gyu dimana beliau menyumbang 7 assist dalam saingan Liga musim lalu.

Baca Juga: Ulsan Hyundai Menanti The Boss Gaurus

Leave a Reply