Sumber Gambar: FourFourTwo

Ketua jurulatih skuad Piala Presiden Perlis, Manja Man menegaskan beliau setia bersama pasukan itu meskipun tidak dibayar gaji hampir tiga bulan oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Ketika dihubungi Berita Harian, Manja menyifatkan diri beliau sebagai ‘fisabilillah’ ketika mengendalikan skuad Piala Presiden Perlis tanpa menerima sebarang bayaran dan berharap ada jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pasukannya ketika ini.

Menurut Manja Man, faktor utama beliau kekal bersama Perlis meskipun pasukan itu sedang berdepan dengan isu tunggakan gaji yang serius adalah atas dasar hormat akan semangat pemainnya yang masih mahu berjuang walaupun pasukan dilanda masalah kritikal.

“Saya masih lagi dengan PFA meskipun gaji belum dapat, saya masih di sini bukan atas hormat pada mereka (pengurusan PFA) tapi pada pemain saya.

“Dan saya masih bertahan sehingga hari ini juga adalah sebab saya anak jati negeri ini bersama jurulatih penjaga gol pasukan saya (Ahmad Jazree Abd Ghani),” katanya.

Tambah Manja, dia berharap pengurusan pasukan Perlis tidak memandang ringan isu tunggakan gaji yang melanda persatuan itu dah berharap masalah tersebut segera diselesaikan.

“Untuk mendapat tempat dalam Liga Perdana bukannya mudah dan ia adalah satu kepercayaan oleh pengurusan liga terhadap negeri ini.

“Jadi saya berharap sangat pengurusan PFA tidak menipu barisan kejurulatihan dan pemain selain perlu menjaga nama baik negeri ini di mata peminat,” tambahnya.

Ahad lalu, jurulatih pasukan Perlis bawah 17 tahun, Akmal Rizal Akmal Rakhli mengambil keputusan untuk meletak jawatan setelah tiga bulan mengendalikan pasukan itu.

Antara faktor utama Akmalm mengambil keputusan melepaskan jawatannya adalah kerana tidak dibayar gaji oleh PFA sejak Disember lalu, selain hilang kepercayaan terhadap pengurusan dalam mengendalikan pasukannya.

Di pasukan senior Perlis pula, Safee Sali telah meninggalkan pasukan dan menyertai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini, Petaling Jaya City FC. Lebih ramai pemain dijangka bakal meninggalkan pasukan menjelang tarikh akhir perpindahan pertama Liga Malaysia 2019.

Baca Juga: Safee Sali Semakin Hampir Sertai PJ City FC

Leave a Reply