Sumber Gambar: Tifo Arena

Bola sepak di peringkat rekreasi semakin mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya di Lembah Klang dimana setakat ini sudah ada beberapa pihak yang telah menjalankan sesi bola sepak secara santai. Baru-baru ini, penulis sendiri telah menyertai satu sesi bola sepak rekreasi yang dianjurkan oleh Tifo Arena iaitu #BolaMingguIni.

Seperti yang kita maklum, Tifo Arena merupakan satu saluran YouTube terkenal yang meliput Liga Malaysia sejak musim 2015. Dianggotai oleh Ammar, Remy, Jepar dan John, mereka selalu menghasilkan video yang membahas bola sepak dari pandangan penyokong.

Sesi bola sepak santai #BolaMingguIni edisi sulung dibahagikan kepada dua pasukan iaitu Singa Selatan dan Harimau Utara dan diadakan di New Camp, Bandar Utama.

Sedikit informasi mengenai peraturan yang ditetapkan, pemain tidak boleh membuat tackle dan mereka tidak menerima bayaran melainkan harus membayar. Nak tau lebih lanjut korang tengok di bawah ni.

Mengarut kan ? Haha

Berikut merupakan logo kedua-dua pasukan.

Ini pula jersi yang digunakan oleh kedua-dua pasukan.

Harimau Utara

Singa Selatan

Watak utama di sebalik #BolaMingguIni

Perlawanan antara Singa Selatan menentang Harimau Utara sememangnya diwarnai dengan gelak dan juga tawa. Masing-masing pemain mempunyai gelagat dan juga perangai yang tersendiri. Terutamanya Jepar yang juga ahli Tifo Arena disamping Yob Jelebor dan juga Hussein. Ada saja helah tiga pemain ini bagi memastikan pasukan masing-masing menjaringkan gol.

Pengurus kedua-dua pasukan juga memainkan peranan dalam memastikan sesi bola sepak pada hari itu berlangsung dengan meriah. Rauf Hussin, yang merupakan pengurus Singa Selatan dan Ruiz Hakeem yang merupakan pengurus Harimau Utara sentiasa mencari cara untuk memastikan pasukan masing-masing meraih kemenangan.

Perlawanan tamat dengan keputusan memihak Harimau Utara dimana mereka menang ke atas Singa Selatan dengan keputusan 4-2. Mujur penulis beraksi sebagai penjaga gol bagi Singa Selatan dan menampilkan aksi bak Kepa Arrizabalaga. Jadi, jumlah gol yang bolos tidaklah besar.

Beraksi dengan cemerlang dengan menafikan beberapa percubaan berbahaya.

Apa yang mahu penulis tekankan di sini ialah bagaimana para pemain mendapatkan slot untuk bermain dalam #BolaMingguIni. Para pemain perlu membeli slot di aplikasi Stubapp, satu aplikasi yang menjual tiket di atas talian bagi beberapa acara seperti perlawanan bola sepak dan konsert.

Ada baiknya untuk sesetengah pasukan dalam saingan Liga Malaysia mencontohi langkah Tifo Arena yang menggunakan Stubapp sebagai platform untuk membeli tiket. Tahun dah memasuki 2019 dan dunia teknologi semakin maju. Takkan nak beli tiket fizikal.

Akhir sekali, penulis berharap lebih banyak sesi bola sepak seperti #BolaMingguIni diadakan. Bukan semua bernasib baik dan mempunyai kudrat untuk beraksi secara kompetitif. Jadi, bola sepak di peringkat rekreasi merupakan medan yang sesuai untuk semua pihak menikmati sukan bola sepak itu sendiri dan beriadah bersama rakan.

Baca Juga: Puchong Fuerza Juara Selangor Champions League 2018

Leave a Reply