Sumber Gambar: Kedah FA

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli menggesa pasukan Liga Malaysia untuk berbelanja mengikut kemampuan kantung pasukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti tunggakan gaji pemain berlaku.

Menurut Akmal, pasukan perlu memberikan tumpuan terhadap pembangunan pemain muda sekaligus memberikan mereka peluang untuk tampil bersama pasukan utama. Langkah ini juga mampu untuk membantu mengurangkan bebanan gaji yang dihadapi oleh pasukan dimana mereka tidak perlu untuk mengambil khidmat pemain yang mempunyai gaji yang tinggi.

Selain penawaran gaji lebih rendah dan kelebihan prestasi dimiliki pemain muda masa kini, Akmal berkata langkah itu juga dapat membuka peluang pasukan menjana kewangan pada jendela perpindahan sekiranya pemain itu berjaya menarik minat pasukan lain.

“Kalau ikutkan nak bentuk sebuah pasukan mantap memang perlu kewangan yang kukuh tetapi jika tidak, janganlah berbelanja melebihi kemampuan. Kalau rasa tidak mampu beli pemain bintang dan bayar gaji tinggi, gunakan khidmat pemain muda yang berpotensi besar untuk menyerlah.

“Walaupun langkah itu mungkin menjejaskan prestasi pasukan 2 hingga 3 tahun pertama, apabila pemain sudah matang hasilnya akan dapat dilihat dan pasukan juga boleh menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan pemain,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula berkata pasukan perlu berbelanja mengikut kemampuan pasukan dan menerapkan budaya ‘mengukur baju di badan sendiri’ dalam hal ehwal kewangan terutama apabila melibatkan urusan pembelian pemain selain penetapan jumlah gaji pemain.

“Faktor kewangan adalah kriteria utama buat pasukan yang bersaing dalam Liga-M. Bila pengurusan bijak dalam menguruskan kewangan, perkara sebegini (isu kewangan dan tunggakan gaji) tidak akan timbul dan lebih penting masa depan pemain dan pegawai terbela,” katanya.

Akibat daripada isu tunggakan gaji pemain dan pegawai, pasukan Perlis menerima padahnya apabila dilucutkan daripada beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini.

MFL menerus Ahli Lembaga Pengarah mereka mengambil keputusan tersebut setelah mengambil kira keadana kewangan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) yang dianggap tidak dapat bertahan sehingga penghujung musim 2019.

Baca Juga: MFL Perlu Membuat Keputusan Secara Adil

Leave a Reply