Sumber Gambar: Asiana.my

Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan menempelak sikap beberapa pengamal media dimana mereka terlalu mengagungkan ketua jurulatih dari luar negara walhal jurulatih tempatan juga mempunyai kualiti dan mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh Goal.Com, salah satu media yang hadir ketika sesi sidang media selepas perlawanan antara Selangor menentang Kuala Lumpur bertanya mengenai khabar angin yang mengatakan bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez akan menggantikan tempat beliau.

Sathia nyata berang dengan soalan yang diajukan serta nama Mario Gomez yang disebut dan beliau mempertikaikan mengapa ketua jurulatih luar yang dicadangkan oleh pengamal media dan bukan jurulatih tempatan.

“Kamu semua (media) dah buat laporan kalau hari ini (semalam) pasukan kalah, Mario Gomez akan datang ke sini. Orang tua tu buat apa di Indonesia? Check la dulu. Mat saleh semua tulis baik punya. Kenapa kamu semua tak cakap ada jurulatih tempatan akan ambil tempat saya?

“Kenapa mesti jurulatih luar ? Kenapa media selalu menyebut nama Mario Gomez, Bojan Hodak dan Ramon Marcote ? Jurulatih tempatan tak bagus ? Dalam beberapa tahun kebelakangan ini local coach berjaya memenangi beberapa kejuaraan. Jurulatih dari luar hanya Mehmet (Piala Malaysia) dan jurulatih JDT.

“Apa yang saya nampak ketika ini ialah ada semacam racist terhadap local coach kita,” kata Sathia.

Pada perlawanan Derby Lembah Klang semalam, Selangor berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama dan memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Sandro Da Silva memulakan saat kebangkitan Red Giants dimana beliau berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah pemain pertahanan Kuala Lumpur menjatuhkan beliau.

Seorang lagi bekas pemain Kedah, Syazwan Zainon kemudiannya menjaringkan gol penyamaan sebelum ketua pasukan, Amri Yahyah menanduk masuk gol kememangan berbaki 10 minit masa sebenar perlawanan.

Kuala Lumpur berada di hadapan pada separuh masa pertama apabila Safuwan Sahlan dan Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol.

Baca Juga: B.Sathianathan Serahkan Nasib Kepada Pengurusan Pasukan

Leave a Reply