Sumber Gambar: Pahang FA

Apabila penyerang import Pahang, Francis Forkey Doe mengalami kecederaan yang memerlukan beliau untuk direhatkan bagi satu tempoh masa yang lama, peminat Pahang mula risau dengan ketiadaan Doe dalam kesebelasan utama. Akan tetapi, ketiadaan Forkey Doe seperti tidak dirasai apabila Patrick Cruz beraksi dengan baik setakat ini. Gandingan Patrick Cruz dan Forkey Doe sememangnya menjadi buat 

Continue Reading

Sumber Gambar: Kelantan FA Official

Ketua jurulatih Kelantan, Fajr Ibrahim meletak jawatan sebentar tadi setelah pasukan Kelantan tewas kepada pasukan PKNP FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam. Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) belum lagi mengesahkan perkara ini namun di media sosial sudah kecoh tentang perkara ini. Peletakkan jawatan Fajr ini nyata mengejutkan peminat bola sepak negara dan peminat 

Continue Reading

Sumber Gambar: PKNP FC

Barisan muda Kelantan gagal untuk mengulangi persembahan seperti minggu lalu apabila mereka gagal untuk menghalang Kelantan daripada tewas di tangan PKNP FC dengan keputusan 2-0 semalam. Dua jaringan daripada Hafiz Ramdan dan Ritus Krjauklis sudah cukup untuk menunda kemenangan pertama Fajr Ibrahim bersama Kelantan. Pemain muda Kelantan berjaya menampilkan persembahan yang baik pada 20 minit 

Continue Reading

Sumber Gambar: JST

Hazwan Bakri dan Nazmi Faiz Mansor memastikan Johor Darul Ta’zim kekal berada di puncak Liga Super 2018 apabila dua gol daripada mereka sudah cukup untuk menewaskan Selangor semalam. Dua ubi Selangor ini bermain dengan baik pada perlawanan semalam. Pada separuh masa pertama, barisan serangan JDT yang diisi trio Safawi Rasid, Hazwan Bakri dan Gonzalo Cabrera 

Continue Reading

Sumber Gambar: Malay Mail

Pasukan Melaka United menjadi destinasi yang seterusnya buat Khairul Fahmi Che Mat setelah pasukan Kelantan tidak lagi mahukan khidmat beliau. Apek dijangka akan menyertai pasukan Melaka apabila jendela perpindahan kedua dibuka pada pertengahan Mei ini. Khidmat Apek tidak lagi diperlukan apabila Fajr Ibrahim mengambil alih jawatan ketua pasukan Kelantan daripada Yusri Che Lah. Selain Khairul 

Continue Reading

Sumber Gambar: Kedah FA

Keputusan seri 3-3 ketika menentang Negeri Sembilan semalam sememangnya sukar untuk diterima peminat pasukan Kedah. Selesa mendahului 3-1 pada separuh masa pertama namun kelalaian benteng pertahanan menyebabkan kelebihan tersebut berjaya dipadam. Di sini, penulis mahu membidas sikap primadona segelintir pemain senior Kedah. Penulis mulakan dengan ketua pasukan Kedah semalam iaitu Khairul Helmi. Keon sepatutnya mudah 

Continue Reading

Sumber Gambar: Team N9FC

Siapa sangka pasukan Negeri Sembilan boleh mengejar defisit dua gol dan berjaya mengikat seri pasukan Kedah dengan keputusan 3-3 dalam perlawanan Liga Super 2018 semalam. Di sini penulis mau memberi pujian kepada semangat juang pemain Negeri Sembilan yang terus memberi asakan sehingga mereka memperoleh gol penyamaan. Tidak dinafikan pada mulanya penulis menyangka bahawa pasukan Negeri 

Continue Reading

Sumber Gambar: Semuanya Bola

Macam-macal hal yang berlaku dalam Liga Malaysia musim ni. Penulis merasakan tak usah penulis sebut apa yang dah berlaku setakat ini dalam saingan Liga paling “berprestij” di Asia Tenggara ini. Semalam, penyokong Selangor yang bertandang ke Larkin kecewa kerana perlawanan Selangor menentang Johor Darul Ta’zim ditunda kerana masalah padang. Pihak JDT memberi kenyataan bahawa mereka 

Continue Reading

Sumber Gambar: Pahang FA

Pasukan Pahang berjaya mempertahankan kedudukan kedua dalam carta Liga Super apabila berjaya menewaskan pasukan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 semalam. Patrick Cruz menjadi wira mereka apabila berjaya menjaringkan dua gol. Pada perlawanan semalam, kami melihat Pahang terlalu bagus buat Terengganu FC. Anak-anak buah Dollah Saleh lebih kemas dan juga berdisiplin di semua bahagian. Kita boleh 

Continue Reading

Sumber Gambar: Kedah FA

Semenjak mengambil alih jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah, Nidzam Adha dilihat lebih gemar menggunakan Sandro Da Silva sebagai penyerang utama berbanding Pablo Pallares. Pada perlawanan menentang Negeri Sembilan malam ini, mungkinkah Nidzam akan memberi peluang kepada Pablo Pallares diturunkan dalam kesebelasan utama ? Nidzam telah menurunkan Sandro sebagai penyerang utama ketika Kedah menewaskan Selangor 

Continue Reading