Slogan InikanBola Slogan InikanBola

Jadi Penyumbang Artikel

FanSource: Menyumbang Article ANDA di Inikan Bola

Salam Sejahtera.
Adakah anda mempunyai berita atau pendapat yang anda mahu share dengan komuniti Inikan Bola?
Jangan segan segan, anda dipersilakan join komuniti penyumbang Inikan Bola.

Anda dijemput untuk menggunakan Inikan Bola sebagai landasan untuk memberi liputan untuk pasukan dan liga yang anda sendiri terlibat secara lansung atau tidak lansung. Anda dijemput untuk menyuarakan pendapat anda atau kongsi pengalaman anda dengan komuniti Inikan Bola. Dalam waktu yang sama, anda juga berpeluang untuk mempelajari banyak benda baru dari aspek yang berlainan. Anda berpeluang untuk menggunakan Inikan Bola sebagai landasan untuk membina profail anda sebagai seseorang mempunyai suara dalam arena sukan bolasepak di Malaysia

Syarat syarat:
Nyatakan Nama Skrin / Screen Name anda.
Artikel anda mempunyai tajuk & misi yang jelas.
Artikel anda mesti dari pendapat anda sendiri, dan bukan disebat / translate atau paraphrase dari sumber lain. Jika ada gambar dari sumber anda sendiri, lebih bagus. Jika tidak, sila credit sumbernya. Jika ada video yang hendak di tambah (contoh: ulasan taktikal pergerakan permainan & gol) sila nyatakan url yang berkenaan.
Jika artikel anda berkenaan dengan topik-topik yang agak sensitive, ok jer asalkan jangan ditujukan secara peribada dan terang terang (personal attack) Mungkin seseorang itu mempunyai polisi atau pendapat yang anda rasa tidak boleh terima? Inikan Bola akan sedaya upaya menjadi sumber yang neutral.
Walaubagaimanapun, team Inikan Bola mempunyai hak untuk menyunting artikel dan media yang anda hantar mengikut kesesuaian waktu dan cuba mengelak perkara-perkara yang tidak diingini. Inikan Bola tetap akan memberi credit kepada anda sebagai penyumbang artikel.
JIKA artikel anda berjaya dipaparkan dalam Inikan Bola, DAN mendapat sambutan yang memberangsangkan, kami di Inikan Bola mungkin akan memberi ganjaran kepada anda sepertimana yang diberikan kepada team penyumbang / contributors kami. MUNGKIN kami akan membincang dengan anda untuk menjadi penyumbang yang tetap… Jadi, tunggu apa lagi?

Bagaimana untuk menjadi penyumbang artikel? Senang jer. Bila dah karang apa yang nak disuarakan, save dan tolak tepi dulu. Dah lama sikit, buka balik dan baca seround lagi. Ubah apa-apa yang patut seperti contoh spelling ke, (jika ada) dan baru hantarkan ke: support@inikanbola.my Kami akan balas kepada anda dalam masa selewat-lewatnya dua (2) hari bekerja samada artikel anda akan dipaparkan atau tidak. Mungkin kami akan minta artikel itu di-revise supaya ia akan lebih sesuai / tepat untuk dipaparkan.
Kami mengucapkan terima kasih untuk pertimbangan anda, dan juga selamat maju jaya dalam menceburi bidang penulis sukan.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Scroll Up