Slogan InikanBola Slogan InikanBola

Tentang Kami

Inikan Bola edisi terkini mepunyai focus yang baharu. Kalau dahulunya Inikan Bola hanya aplikasi kuiz, Inikan Bola sekarang menyasarkan supaya menjadi sumber utama berita bola Malaysia. Tidak hanya menumpukan perhatian kepada liga & piala utama seperti Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FAM, Inikan Bola akan cuba membawa sorotan liga liga ‘akar umbi’ dari pertandingan bolasepak amatur yang sangat banyak berlansung di merata-rata tempat di Malaysia.

Kami bercita-cita untuk menggabungkan fans bolasepak tidak kira umur, jantina, agama, atau keturunan Mengapa? Bila pasukan negara mendapat gol, semua orang akan bersorak, bukan? Pada pendapat kami di Inikan Bola, masih banyak aspek yang boleh dimajukan dalam sukan bolasepak di Malaysia. Dari aspek liga-liga yang dimainkan, aspek pasukan, aspek pemain, dan macam macam lagi. Kami mengalu-alukan pendapat semua orang. Jika anda rasa ada sesuatu yang hendak di share, silakan bersuara. Inikan Bola adalah landasan anda.

Team penyumbang / contributors kami juga datang dari latar belakang yang berbeza. Asal kampung halaman juga berbeza. Kami bergabung untuk menyuarakan pendapat dan membawa liputan dari liga-liga tempatan. Dalam semua itu, manalah tahu kalau sorotan-sorotan tertentu dapat membuka peluang kepada pemain-pemain yang berbakat untuk mendapatkan peluang untuk ke tahap yang lebih tinggi? Manalah tahu kalau kami sebagai fans bola Malaysia bergabung dan cuba menyampaikan pendapat kami kepada pihak-pihak tertentu sebagai satu suara? Kami akan cuba bangunkan Inikan Bola untuk menjadi pentas untuk pemain, pasukan, liga, dan tidak ketinggalan juga penulis sukan, pakar tactical, dan sebagainya mendapat liputan, sorotan, dan peluang. Inikan Bola akan cuba menjadikan situasi win-win untuk semua.

Team kami terdiri daripada peminat bola yang casual sehinggalah kepada yang fanatic. Semua orang akan ada pendapat yang berbeza. Itu kenyataan. Tapi kami rasa semua fans mahukan benda yang lebih kurang sama. Kami mahu lihat pasukan kami menang. Kalau tak menang, sekurang kurangnya memberi persaingan sengit dengan persembahan yang mantap. Kita seperjuangan sebenarnya. Dari peminat bola, untuk peminat bola.

(Visited 31 times, 1 visits today)
Scroll Up