1.18 Billion Euro, Real Madrid Pun Tak Ingin!

Semenjak menunjukkan prestasi cemerlang bersama Persija Jakarta, banyak pasukan yang menunjukkan minat terhadap khidmat Marko Simic. Baru-baru ini, menurut bola.kompas.com, bos Persija, Gede Widiade telah menyatakan satu harga jika ada pasukan yang berminat dengan Simic.

Gede meletakkan harga sebesar 1.18 Billion Euro bagi mana-mana pasukan yang mahukan khidmat Simic. Tak masuk akal betul harga yang dia letak ni. Real Madrid pun rasanya tak ingin! Harga yang Gede letak ni 5 kali ganda harga pemain termahal dunia ketika ini iaitu Neymar ketika beliau menyyertai Paris Sint-Germain daripada Barcelona.

Tetapi, di sini penulis melihat Gede hanya berseloroh dengan sengaja meletakkan harga sebegitu rupa kerana beliau tidak mahu kehilangan khidmat Simic yang beraksi dengan baik musim ini.

Memang tidak dinafikan prestasi Marko Simic bersama Persija setakat ini sememangnya mengagumkan. Simic juga menjadi penyerang paling berbisa dalam saingan Piala AFC dengan berjaya menjaringkan 8 gol sepanjang perlawanan peringkat kumpulan.

Persembahan cemerlang Simic juga berjaya menarik minat kelab Turki, Besiktas yang mahu mencari pengganti kepada Cenk Tosun dan beberapa pasukan dari Liga Indonesia dan juga Liga Malaysia. Penulis berpendapat pasukan mana yang tidak mahukan khidmat Simic untuk beraksi bersama mereka.

Apa lagi pasukan yang sedang mengalami krisis di bahagian serangan. Sudah pasti mereka sanggup untuk membayar harga yang tinggi untuk Marko Simic bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Walau apa pun, penulis melihat Simic tidak akan berhijrah buat masa terdekat kerana beliau masih lagi mempunyai kontrak bersama Persija sehingga tahun 2019. Jika beliau berhijrah pun, pasti harga yang perlu dibayar oleh pasukan yang mahukan khidmat beliau adalah amat tinggi.

Apa pendapat anda semua mengenai situasi Marko Simic bersama Persija Jakarta ? Adakah beliau akan kekal bersama Persija sehingga hujung musim ini ?

Dan jika beliau berhijrah dengan menyertai pasukan lain, adakah pasukan tersebut sanggup untuk membayar harga yang tinggi untuk Marko Simic ?

Baca Juga: Marko Simic Kembali Ke Liga Malaysia ?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *