11 Pemain Terbaik Piala AFF Suzuki 2018
- Harimau Malaya
- Dec 21, 2018
- No comment
Setelah tamatnya perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Vietnam dan Malaysia yang dimenangi oleh pasukan Naga Emas dengan keputusan akhir 3-2, kita pasti mahu melihat senarai pemain terbaik sepanjang kejohanan yang berlangsung selama lebih sebulan ini.
Dengan berlangsung 26 perlawanan selama 6 minggu, ini adalah senarai Bintang Utama kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang dikeluarkan oleh penganjur kejohanan. Kami juga sertakan pandangan kami dan jumlah purata aksi pemain yang terpilih.
1. Dang Van Lam
Sumber Gambar: FOXsport
Dang Van Lam beraksi cemerlang dengan merekodkan bolos hanya 4 kali sepanjang kejohanan melayakkan beliau menjadi pilihan utama pemain terbaik bagi posisi ini. Pemain berusia 25 tahun yang dilahirkan di Rusia ini cemerlang dalam situasi satu lawan satu dan cemerlang menyelamatkan pintu gol Vietnam daripada dibolosi.
Rating: 4.5/5.0
2. Syahmi Safari
Sumber Gambar: FAM
Pemain ini cemerlang ketika menjaringkan gol ketika Malaysia bertemua Thailand dengan gol yang sangat menarik serta dicalonkan gol terbaik kejohanan. Sentiasa membantu Sumareh dalam mengerakan serangan Malaysia di sebelah kanan, Syahmi konsisten dengan aksi beliau walaupun pada permulaan kejohanan beliau agak kurang yakin dalam membantu serangan pasukan Malaysia.
Beliau bernasib baik tidak dipersalahkan ketika memberi sepakan penalti kepada pasukan Thailand di mana penjaring terbanyak kejohanan, Adisak Kraison gagal menyempurnakan sepakan.
Rating: 4.0/5.0
3. Tran Dinh Trong
Sumber Gambar: Kenh14
Pemain ini cemerlang sepanjang kejohanan dengan aksi kental beliau mempertahankan dan membantu penjaga gawang daripada pihak lawan. Pemain 21 tahun ini juga antara pemain yang beraksi ketika kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun di mana beliau membantu membawa pasukan tersebut ke pelawahan akhir.
Rating: 4.2/5.0
4. Alvaro Silva
Sumber Gambar: Baomoi.com
Pemain ini beraksi bersama pasukan Liga Super Malaysia Kedah antara pemain veteran yang beraksi pada kejohanan kali ini. Beliau juga membantu momen menyerang bagi membantu memberi tekanan kepada pasukan lawan ketika situasi bola mati atau sepakan penjuru. Cemerlang dalam bermain sebagai pertahanan belakang yang membantu pasukan Filipina mara ke separuh akhir.
Rating: 4.0/5.0
5. Doan Van Hau
(Photo by Maddie Meyer – FIFA/FIFA via Getty Images)
Pemain termuda berusia 19 tahun yang menonjol dalam kejohanan ini sering memberi tekanan kepada pertahanan lawan apabila menyerang. Begitu cemerlang juga dalam mematahkan serangan lawan, pemain yang beraksi di pertahanan kiri sangat dinamik ketika bertahan dan menyerang, maka tidak mustahil pemain ini dicalonkan antara Pemain Muda Terbaik Vietnam.
Rating: 4.2/5.0
6. Nguyen Quan Hai
Sumber Gambar: The Thao
Pemain yang turut beraksi di kejohanan Piala Asia Bawah 23 tahun ini cemerlang mengerakkan jentera serangan dengan mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan berjaya menjaringkan 3 gol dan 2 sumbangan gol sepanjang kejohanan Piala AFF Suzuki 2018. Pemain ini boleh bermain di mana-mana posisi tengah dengan cemerlang dengan aksi licik menggunakan kaki kirinya.
Rating: 4.5/5.0
7. Hlaing Bo Bo
Sumber Gambar: AFF
Beraksi 4 pelawanan dengan 2 gol, pemain ini sangat ideal antara barisan pertahanan dan serangan dengan teknikal yang baik dan kerja keras beliau memberi kekuatan dengan mengimbangi corak pelawanan di mana beliau berjaya membantu pasukan beliau menyekat pasukan Vietnam daripada menjaringkan gol.
Sumber: 3.8/5.0
8. Mohamadou Sumareh
Sumber Gambar: Sinar Harian
Pemain naturalisasi pertama Malaysia yang beraksi bersama pasukan Pahang ini sangat cemerlang dalam mengelecek pasukan lawan tetapi kurang tajam di hadapan pintu gol. Beberapa peluang beliau perolehi untuk menjaringkan gol tetapi tidak berjaya.
Rating: 4.0/5.0
9. Safawi Rasid
Sumber Gambar: FAM
Pemain terbaik Malaysia ini hanya berjaya menjaringkan satu gol ketika mengikat Vietnam di Bukit Jalil. Cemerlang dengan aksi kaki kiri beliau dengan kepantasan dan sepakan yang padu mampu memberi kesusahan kepada pertahanan lawan. Oleh itu, beliau sangat bahaya ketika situasi bola mati.
Rating: 4.1/5.0
10. Sanrawat Dechmitr
Sumber Gambar: Bolaskor.com
Pemain Bangkok United ini sangat cemerlang membantu pemain serangan dengan beliau berjaya membantu 4 sumbangan gol, jika tidak Thailand tidak akan mampu mara sehingga Separuh Akhir.
Rating: 4.2/5.0
11. Norshahrul Idlan Talaha
Sumber Gambar: FAM
Antara pemain yang berpengalaman yang berjaya memenangi kejuaraan AFF Suzuki pada tahun 2010, Norsharul Idlan Talaha sangat komitmet dalam serangan dan juga rajin membantu barisan tengah dan pertahanan Malaysia. Beliau berjaya menjaringkan 5 gol dalam edisi kali ini, maka tidak mustahil jurulatih Malaysia sering menjadikan beliau barisan utama dalam kejohanan ini.
Rating: 4.4/5.0
Nota: Artikel tentang 11 pemain terbaik Piala AFF Suzuki 2018 ini ditulis oleh Saudara Hasbillah Hosshan. Jika anda mempunyai artikel yang mahu dikongsikan, hubungi kami di media sosial Inikan Bola.
Baca Juga: Lee Tuck Mahu Sarung Jersi Harimau Malaya