Sudah setahun lebih kita tidak melihat kelibat pemain tengah versatile negara, Brendan Gan. Kecederaan lutut yang dialami semasa Malaysia tewas kepada Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan pada 6 September 2016 lalu nyata memberi mimpi buruk bagi beliau. Gan semakin hampir untuk mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala AFF Suzuki edisi tahun itu. Namun, kecederaan tersebut meranapkan segalanya. Bukan setakat itu sahaja, kontrak beliau ditamatkan oleh Kelantan dan terpaksa menanggung kos rawatan kecederaan dengan menggunakan wang sendiri.

Setelah kontrak ditamatkan, Brenda Gan memilih untuk menjalani rawatan kecederaan beliau di Sydney, Australia. Kini, Gan sudah cergas sepenuhnya. Beliau meletakkan sasaran untuk beraksi dalam Liga Malaysia musim hadapan. Namun, Gan menyatakan bahawa beliau akan meneliti segala tawaran yang diterima dan tidak mementingkan tawaran lumayan semata-mata.

Dalam penulisan kali ini, kita akan membincangkan pasukan mana yang Inikan Bola rasa sesuai untuk Brendan Gan sertai musim hadapan. Kita mulakan dengan Selangor. Pada musim ini, Selangor mempunyai masalah di bahagian tengah mereka. Dimana bahagian tengah mereka kurang efektif ketika menyerang dan bertahan. Jika Brenda Gan menyertai Selangor, maka masalah bahagian tengah Selangor akan dapat diselesaikan melihat Gan mampu untuk memberi sokongan ketika bertahan dan juga menyerang.

Seterusnya, pasukan Melaka United. Pasukan Melaka United juga mempunyai masalah pada bahagian tengah pasukan mereka. Musim ini, Melaka banyak bergantung kepada pemain tengah import, Jeon Woo-Young untuk mengawal bahagian tengah. Jika Brenda Gan menyertai Melaka, maka bahagian tengah pasukan Melaka akan lebih baik.

Pasukan seterusnya ialah Felda United. Felda United sudah mempunyai barisan serangan dan bahagian tengah yang cukup baik. Namun, masalah sebenar Felda adalah terletak di pertahanan bahagian kanan. Usaha Felda United untuk membawa masuk Rizal Ghazali pada awal musim tidak menjadi. Jadi menurut kami, jika Gan memutuskan untuk menyertai Felda, Gan boleh bermain di posisi tersebut memandangkan beliau pernah bermain sebagai pertahanan kanan sewaktu mewakili Malaysia Bawah 23 Tahun.

Leave a Reply