Sebelum musim menuju ke penghujungnya, Persatuan Bola Sepak Kedah (KAFA) telah mengumumkan bahawa dua pemain import Kedah iaitu Ken Ilso Larsen dan Zac Anderson tidak akan disambung kontrak dan akan meninggalkan pasukan dai utara pada penghujung musim. Hal ini sudah pasti membuat peminat Kedah berasa tidak puas hati. Bukan saja mereka, kami pun tak puas hati. Kenapa pemain sebagus Ken Ilso tidak disambung kontrak ?

Baiklah mari kita “flashback” seketika mengenai prestasi kedua-dua pemain. Pada saingan Liga Super musim ini, Ken Ilso berjaya menjaringkan 15 gol buat pasukan Kedah. Dalam saingan Piala FA pula, beliau berjaya menjaringkan 5 gol termasuk satu gol ketika perlawanan akhir menentang Pahang. Dalam saingan Piala Malaysia pula, beliau juga berjaya menjaringkan 5 gol. Jadi jumlah keseluruhan gol Ken Ilso bagi pasukan Kedah ialah 25 gol musim ini. Dengan statistik ini, kami masih lagi tidak pasti apa yang ada di benak fikiran pengurusan KAFA. Mengapa KAFA tidak menyambung kontrak beliau ?

Bagi Zac Anderosn pula, walaupun beliau mengalami kecederaan pada pertengahan musim, prestasi beliau boleh dikatakan cukup baik. Gandingan beliau sama ada bersama Khairul Helmi atau Syawal Nordin berjaya mengawal barisan pertahanan Kedah. Karakter Zac juga disenangi oleh para peminat Kedah.

Kami berharap ada pasukan dalam Liga Malaysia mahu mengambil khidmat Ken Ilso Larsen dan juga Zac Anderson. Kedua-dua pemain ini sudah mempunyai pengalaman beraksi di Liga Malaysia. Mereka sudah masak dengan liku-liku Liga Malaysia.

Leave a Reply