PAHANG, Jengka - Felda United FC's team pose for a picture during the 2017 Malaysia Super League match between Felda United FC against Sarawak at Stadium Tun Abdul Razak Jengka on 4 March 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Nasib pasukan Felda United bakal diketahui hari ini apabila FMLLP membuat keputusan sama ada untuk membenarkan Felda United terus beraksi di saingan Liga Super musim hadapan atau mereka bakal turun ke Liga FAM. Kegagalan Felda United mendapatkan lesen nyata memberi kesan buruk kepada pasukan. Pasukan yang dilabel sebagai pasukan pencabar bagi kejuaraan Liga Super ini terancam digugurkan daripada senarai pasukan yang akan bertanding di Liga Super musim hadapan.

Selain Felda United, nasib pasukan T-Team atau yang lebih dikenali sebagai pasukan Terengganu FC II juga akan diketahui hari ini sama ada mereka layak untuk beraksi di Liga Perdana. Jika FMLLP memutuskan untuk menyingkirkan Felda dan Terengganu FC II, maka tempat kedua-dua pasukan berkemungkinan akan digantikan oleh pasukan PKNP FC dan Negeri Sembilan.

Pada selasa lalu, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam dilaporkan berkata, pihaknya mungkin memberikan Felda United lesen sementara untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan tetapi masih bergantung kepada kelulusan ahli lembaga yang lain. Beliau tidak boleh mengesahkan sepenuhnya perkara tersebut.

Leave a Reply