Apabila FAM mengumumkan bahawa FMLLP menandatangani perjanjian hak penajaan Liga Malaysia dengan Ampersand Sports, majoriti peminat bola sepak Malaysia tertanya-tanya berkenaan siapakah Ampersand Sports ini. Semalam, menerusi kenyataan di laman media sosial Facebook mereka, FMLLP menjelaskan tentang siapa Ampersand Sports ini. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh FMLLP:

“Ceritanya macam ni. Betul syarikat tersebut ditubuhkan pada bulan Oktober 2017 namun tahukah anda apa itu SPV? SPV tu maksudnya Special Purpose Vehicle. Ini bermakna syarikat itu ditubuhkan khas untuk fokus pada sesuatu tugas atau projek. Kumpulan syarikat yang terbesar di dunia pun ada mengunakan SPV. FMLLP sendiri adalah SPV yang ditubuhkan pada tahun 2015 untuk menguruskan Liga Malaysia.

Jadi apa masalahnya kalau Ampersand Sports ditubuhkan pada bulan Oktober 2017? Untuk pengetahuan anda semua yang budiman, Tan Sri Vincent Lee ni seorang pemilik konglomerat media dan pengiklanan. Banyak company dia ada termasuklah Foetus Group International, antara syarikat terbesar kumpulan komunikasi di Malaysia. Naga DDB, agensi pengiklanan sejak 25 tahun dulu pun beliau yang tubuhkan.

Jadi kalau Ampersand ni salah satu dari syarikat Tan Sri yang ditubuhkan khas “SPV” untuk fokus pada kontrak Liga Malaysia adakah ini salah? Perlu kah Tan Sri menggunakan Naga DDB yang berusia 25 tahun baru saudara akan puas hati?

Tan Sri bersama Trapper Media Group (Sivanathan Krishnan) dan Sandeep Joseph tubuhkan Ampersand Advisory, konsultan digital yang menyediakan solusi perniagaan dalam data, media dan kandungan. Nak tahu siapa Sandeep Joseph? Ermmm google lah. Carian syarikat boleh cari. Kan?

Dengan kepakaran 3 orang ini, tak salah untuk mereka mencari penajaan untuk Liga Malaysia. Ditambah lagi dengan pengalaman Hasnan Hassan yang dahulunya dari ESPN dan Astro. Maka tertubuhlah Ampersand Sports Sdn Bhd untuk menjadi Special Purpose Vehicle. Normal business strategy.”

Leave a Reply