• Apabila FAM mengumumkan pasukan di Liga Super dan Liga Perdana dibenarkan mengambil satu lagi pemain import dari kalangan pemain Asean, muncul beberapa nama yang dikatakan harus diberi perhatian oleh pasukan dalam Liga Malaysia. Hari ini, kami ingin mengupas tentang LIMA pemain pertahanan yang menurut kami boleh menyinar dalam kancah Liga Malaysia.

    1. Theerathon Bunmathan

    Kredit gambar: FourFourTwo
    Pemain pertahanan kiri ini berusia 27 tahun. musim ini beliau mewakili Muangthong United dalam saingan Liga Thailand. Dalam saingan Piala AFF 2016, beliau dianggap sebagai pertahanan kiri terbaik kejohanan. Gandingan beliau bersama Tristan Do berjaya membawa Thailand menjuarai Piala AFF Suzuki 2016 dengan menewaskan Indonesia. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi di pentas Liga Juaa-Juara Asia.

    2.Fachrudin Aryanto

    Kredit Gambar: Tribun News
    Pemain pertahanan tengah ini berusia 28 tahun. Musim ini beliau beraksi buat pasukan Madura United di saingan Liga 1 Indonesia dan berjaya membantu pasukan Madura menamatkan saingan Liga 1 di kedudukan kelima. Ketika kejohanan Piala AFF Suzuki 2016 lalu, beliau berjaya menjaringkan satu gol ketika Indonesia menentang Filipina. Selain itu, Fachrudin juga bermain dalam setiap perlawanan dan membantu Indonesia mara ke perlawanan akhir namun tewas di tangan pasukan Thailand.

    3. Madhu Mohana

    kredit Gambar: Sports27
    Pemain pertahanan tengah Singapura ini berusia 26 tahun. Kita pernah melihat aksi beliau ketika Lions XII bermain di Liga Super. Mohana juga merupakan sebahagian besar daripada pemain yang berjaya membantu Lions XII memenangi Liga Super pada musim 2013. Musim ini beliau mewakili Tampines Rovers dalam saingan Liga Singapura.

    4. Tristan Do

    Kredit Gambar: FourFourTwo
    Pemain pertahanan kanan kelahiran Perancis ini berusia 24 tahun. Tristan Do memulakan karier bola sepak beliau bersama kelab Perancis, RC Starsbourg pada 2009. Beliau beraksi cemerlang dengan membantu Thailand memenangi Piala AFF 2016. Musim ini beliau mewakili pasukan Muanthong United dalam saingan Liga Thailand.

    5. Daisuke Sato

    Thailand’s Perapat Notechaiya (L) fights for the ball with Philippines’ Daisuke Caumanday Sato (R) on December 6, 2014 during the first leg of the AFF Suzuki Cup semi-final football match between the Philippines and Thailand in Manila. AFP PHOTO / Jay DIRECTO / AFP PHOTO / JAY DIRECTO

    Kredit Gambar: Okezone Bola
    Pemain pertahanan kiri berdarah Jepun ini baru berusia 23 tahun. Beliau memulakan karier bola sepak beliau bersama kelab Jepun, Urawa Reds Diamond. Saat ini beliau mewakili AC Horsens di saingan Liga Denmark.

    Demikianlah senarai 5 pertahanan yang menurut kami wajar untuk diberi perhatian oleh pasukan dalam Liga Malaysia. Nantikan artikel yang seterusnya daripada kami.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.