• Seramai tujuh pemain pasukan Selangor daripada skuad musim lalu kekal bersama pasukan tersebut bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Antara pemain tersebut ialah ketua pasukan Razman Roslan, Amri Yahyah, Abdul Halim Zainal, Saiful Ridzuan, Fairz Abdul Aziz, Khairul Azhan Khalid dan Norazlan Razali. Hal ini sekaligus menamatkan spekulasi bahawa Razman dan Amri bakal berhijrah keluar dari Selangor. Razman dikhabarkan akan menyertai Pahang manakala Amri pula dikhabarkan akan menyertai PKNS FC.

    Semalam pihak FAM telah mengesahkan bahawa ada tambahan kuota pemain import bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Seperti yang dijangkakan, kuota import Asean telah diperkenalkan. Antara nama yang dikaitkan dengan Selangor ialah pemain Indonesia iaitu Evan Dimas. Akan tetapi, Evan mungkin tidak dapat menyertai Selangor kerana beliau belum mempunyai 30 penampilan bersama pasukan Indonesia. Selain Evan, rakan sepasukan beliau iaitu Ilham Udin Armayn juga dikaitkan dengan Selangor.

    Dengan adanya 7 pemain yang kekal bersama Selangor ini, pastinya pasukan Selangor akan mencampurkan element pemain muda dan senior dalam pasukan mereka. P.Maniam juga menyatakan bahawa Selangor akan menaikkan pangkat beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.