• Seramai enam pemain dari skuad Piala Presiden Selangor yang menjuarai Piala Presiden musim ini diserapkan ke dalam pasukan utama Selangor bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Perkara ini disahkan oleh pengurus skuad Piala Presiden Selangor iaitu Datuk Arifin Abd Hamid.

    Antara enam nama yang diserapkan ialah pemain pertahanan, Muhammad Amirul Haziq Rasmizal, Mohd Syukri Azman dan M.Thamil Maran. Penjaga gol, Muhammad Haziq Ridwan. Penyerang, Muhamad Azizul Baharuddin dan pemain tengah, D Kugan. Keenam pemain ini menjadi tonggak penting dala saingan Piala Presiden disamping Syahmi Safari, A.Namathevan, Faizuddin Abidin dan K.Kanan.

    Pasukan Selangor memang terkenal dengan melahirkan ramai pemain-pemain muda berbakat. Seperti contoh, kita boleh lihat pemain seperti Adam Nor Azlin yang musim ini bermain cemerlang sehingga JDT berminat mendapatkan khidmat beliau. Syahmi Safari juga bermain dengan baik sehingga tersenarai dalam skuad Sukan SEA 2017. Pasukan Selangor diibaratkan sebagai kilang pengeluar pemain muda.

    Dengan adanya enam pemain dari skuad Piala Presiden dari musim ini, barisan pemain ini akan menyertai beberapa pemain yang telah diserapkan daripada skuad yang sama pada awal musim ini seperti Syahmi Safari, K.Kanan, A.Namathevan, Faizuddin Abidin, Badrul Amin Rusalan dan K.Satish. Adakah para pemain muda ini boleh menggalas cabaran dan beraksi cemerlang bagi pasukan Selangor pada musim hadapan ? Berikan pendapat anda.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.