Pada artikel sebelumnya, kami menulis tentang 6 pemain pertahanan bawah 23 tahun yang wajib diberi perhatian musim hadapan. Pada penulisan kali ini, kami ingin membawakan 6 pemain tengah bawah 23 tahun yang wajib diberi perhatian oleh peminat bola sepak Malaysia pada musim hadapan.

1. Nor Azam Azih

Football match between Singapore and Malaysia at Shah Alam Stadium during 29th Sea Games Kuala Lumpur 2017 on 16th August 2017.
Photo by Mizie Ahmad / MASOC

Pemain tengah Pahang ini beraksi cemerlang ketika kempen Sukan SEA 2017 lalu. Gandingan beliau bersama Syamer Kutty Abba nyata menghasilkan barisan tengah yang mantap buat pasukan Bawah 23 tahun ketika itu. Selain itu, Azam juga dicanang sebagai pengganti kepada seorang lagi pemain tengah negara, Safiq Rahim dek kerana mempunyai gaya permainan yang sama.

2. Syamer Kutty Abba

Kredit gambar: ESPN FC

Bekas pemain tengah Pulau Pinang ini baru saja menyertai juara Liga Super musim 2017, Johor Darul Ta’zim. Persembahan cemerlang beliau ketika kempen Sukan SEA lalu nyata menarik minat JDT untuk menandatangani beliau. Syameer juga dipanggil oleh Nelo Vingada ketika kempen kelayakkan Piala Asia 2019 ketika Malaysia berdepan Hong Kong. Beliau bermain dengan cemerlang meskipun Malaysia tewas ketika itu.

3. Amirul Hisyam Awang Kechik

Kredit gambar: mstar

Pemain tengah pasukan Kedah ini tersenarai dalam skuad Sukan SEA 2017. Namun beliau jarang bermain kerana barisan tengah ketika itu sudah diisi oleh Azam Azih dan Syamer Kutty Abba. Musim ini beliau cemerlang membantu Kedah memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA. Sudah dua musim Amirul berjaya membentuk gandingan mantap bersama Liridon Krasniqi.

4. Daniel Amier Norhisham

Muhammad Danial Amier(16) during 2018 AFC U-23 Championship Qualifiers match Group H on 19 July 2017 at Supachalasai National Stadium Bangkok, Thailand. Photo by Mohammad Nur Ridzuan / www.asiana.my

Pemain Bawah 21 tahun Felda United ini juga tersenarai dalam skuad Bawah 23 tahun negara ketika Sukan SEA 2017. Walaupun jarang bermain bagi pasukan kebangsaan, namun beliau mempunyai kualiti dan berpotensi menjadi pemain tengah terbaik negara pada masa akan datang. Baru saja berusia 21 tahun, perjalanan karier Danial Amier masih lagi panjang.

5. Syahmi Safari

Kredit gambar: Goal.com

Pemain Selangor ini mampu untuk bermain sebagai pertahanan kanan dan juga pemain tengah. Pada awal musim, P.Maniam meletakkan beliau sebagai pemain sayap dalam sistem 3-4-3 dan beliau beraksi dengan baik. Namun, sebelum cuti pertengahan musim, P.Maniam meletakkan beliau sebagai pemain tengah. Dan sekali lagi beliau beraksi dengan cemerlang. Musim hadapan, kami merasakan Syahmi akan diletakkan di posisi pemain tengah.

6. Nik Akif Syahiran

Kredit gambar: Berita Harian (Nik Akif Syahiran jersi nombor 8)

Nik Akif Syahiran mula menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia ketika kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun di Korea Selatan. Prestasi beliau membantu Malaysia layak ke kejohanan tersebut setelah kali terakhir mara pada 2006. Musim hadapan, Nik Akif telah dinaikkan pangkat ke dalam skuad senior pasukan Kelantan. Sudah pasti peminat menantikan aksi beliau di atas padang.

Leave a Reply