Memenangi kejuaraan ialah impian utama bagi seseorang yang bergelar pemain bola sepak profesional. Dalam dunia bola sepak antarabangsa, hanya ada beberapa pemain saja yang pernah memenangi semua kejuaraan yang dipertandingkan. Pemain seperti Sergio Ramos, David Villa, Kaka dan Ronaldinho telah memenangi semua kejuaraan seperti Piala Dunia, Piala Eropah dan Liga Juara-Juara Eropah. Dalam arena bola sepak Malaysia juga terdapat beberapa pemain yang memenangi samua piala yang dipertandingkan, tapi dalam Liga Malaysia ya. Haha. Dalam penulisan kali ini, kami nak beri 6 pemain yang pernah memenangi semua kejuaraan dalam Liga Malaysia. Enjoy guys!

1. Shukor Adan

PAHANG, Jengka – Felda United FC’s player, Muhammad Shukor Adan during 2017 FA Cup in action during 2017 FA Cup between Felda United FC and Johor DT at Stadium Tun Abd Razak on 14 February 2017. Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Pemain senior ini telah memenangi semua Piala yang dipertandingkan di Liga Malaysia sepanjang karier beliau. Ketika bersama Selagor, Shukor memenangi Piala Sumbangsih pada 2002, Liga Perdana pada 2005, Piala Malaysia pada 2002 dan 2005 serta Piala FA pada 2005. Beliau juga memenangi Piala FA pada 2010 dan Piala Malaysia pada 2009 dan 2011. Shukor merupakan kapten Malaysia ketika Malaysia menjadi naib juara kejohanan Piala AFF Suzuki 2014. Memang lengkap karier Shukor ni.

2. Baddrol Bakhtiar

Sumber Gambar: Semuanya Bola
Baddrol sudah mewakili pasukan Kedah sejak dari pasukan Piala Presiden pada tahun 2005. Sejak itu, beliau setia pada yang satu. Badrol berjaya membantu Kedah memenangi “double treble” pada musim 2007 dan 2008. Beliau juga memenangi Piala Sumbangsih pada 2017 dan Liga Perdana pada 2015. Secara keseluruhan, Baddrol berjaya memenangi 11 piala bersama Kedah setakat ini. Di peringkat antarabangsa, Baddrol memiliki 2 pingat emas Sukan SEA.

3. Amri Yahyah

Sumber gambar: Stadium.My
“Wak Am memang legend!” Itulah kata-kata peminat Selangor apabila bercakap mengenai Amri Yahyah. Beliau memenagi semua Piala di Liga Malaysia baik ketika bersama Selangor ataupun Johor Darul Ta’zim. Secara keseluruhan, Amri memenangi 5 Piala Sumbangsih, 5 Liga Super, 4 Piala FA, 2 Piala Malaysia, 1 Liga Perdana dan 1 Piala AFC. Fuhh banyak betul trofi! Di peringkat Antarabangsa pula, Amri ada satu kejuaraan iaitu Piala AFF Suzuki 2010.

4. Khairul Helmi Johari

Kredit gambar: Sports247
Kapten Kedah ini memang dikenali dengan sikap peramah beliau di luar padang terutamanya media sosial. Perjalanan karier beliau pula serupa dengan seorang lagi pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Mereka berdua ini memenangi piala bersama-sama. Ni boleh masuk kategory “bromance of the season” ni. Khairul Helmi juga antara beberapa pemain yang mewakili satu pasukan selama lebih dari 10 musim. Steady capt!

5. Aidil Zafuan

Sumber gambar: Mynewshub
Pemain pertahanan ini memenangi piala kemana saja beliau pergi. Pasangan kembar kepada Zaquan Adha ini telah memenangi 5 gelaran Liga Super, 3 Piala Malaysia, 2 Piala FA, 2 Piala Sumbangsih, 1 Liga Perdana ketika bersama ATM dan 1 Piala AFC pada 2015. Di peringkat antarabangsa pula, Aidil mempunyai 1 pingat emas Sukan SEA 2009. Lengkap karier suami kepada Zarema Zainal ini.

6. Fadhli Shas

Sumber gambar: The Star
Saya pasti sesetengah daripada anda terkejut dengan adanya Fadhli Shas dalam senarai ini. Ya Fadhli Shas telah menjuarai semua Piala di Liga Malaysia. Kebanyakkan trofi yang beliau menangi adalah ketika bersama JDT. Hanya satu piala yang beliau berjaya raih sebelum menyertai JDT. Piala tersebut ialah Piala Liga Perdana musim 2009 ketika Fadhli beraksi bersama Harimau Muda.

Di peringkat antarabangsa, Fadhli mempunyai 1 pingat emas Sukan SEA dan 1 kejuaraan Piala AFF Suzuki. Tak disangka betul dia ni.

Ada lagi pemain yang boleh masuk senarai di atas seperti Safiq Rahim, Safee Sali, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha. Safiq dan Norshahrul belum pernah memenangi Liga Perdana. Safee Sali belum merasai Piala Malaysia dan Hairuddin Omar belum memenangi Piala Sumbangsih. Adakah pemain lain mampu untuk mencapai semua kejuaraan seperti 6 pemain di atas ? Apa pandangan anda ?

Leave a Reply