Hari ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai rasmi barisan 23 pemain yang akan mewakili Malaysia dalam temasya Piala Asia bawah 22 tahun di China tahun hadapan. Antara nama yang berada dalam senarai tersebut ialah “Neymar Kedah”, Akhyar Rashid. Penyerang berusia 18 tahun ini berjaya memikat hati ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee untuk menyenaraikan beliau dalam skuad terakhir. Penyerang muda ini wajar untuk diberi peluang menyinar bersama skuad negara di temasya Piala Asia nanti.

Akhyar boleh dikatakan memulakan karier bola sepak beliau dengan cara yang cemerlang. “Wonder kid” Kedah ini mula diserapkan masuk ke dalam pasukan utama Kedah oleh Tan Cheng Hoe bagi saingan Liga Malaysia musim 2017. Mempunyai kebolehan bermain sebagai penyerang dan pemain sayap, Akhyar menjadi sebahagian daripada pasukan yang meraih pingat perak Sukan SEA 2017 lalu. Kalau Perancis ada Ousmane Dembele, Malaysia ada Akhyar lah!

Temasya Piala Asia tahun hadapan merupakan pentas penting buat Akhyar untuk membuktikan yang beliau mampu untuk menyinar dan membantu skuad negara. Selain pentas Piala Asia, kami berpendapat bahawa pasukan kelab Akhyar, Kedah harus memberi anak muda ini peluang untuk menyinar. Kami pasti jika Akhyar diberi pelunag dengan tampil dalam kesebelasan utama, Akhyar mampu untuk menjulang Kedah sekaligus menjadikan Kedah pasukan yang boleh mencabar kejuaraan Liga Super yang dipegang JDT.

Menurut anda, mampukah Akhyar Rashid menyinar musim hadapan ? Dan siapa yang bakal mencabar beliau sebagai pemain muda terbaik negara pada musim 2018 nanti ? Mari bincang bersama kami.

Leave a Reply