Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai akhir barisan 23 pemain yang akan mewakili negara dalam temasya Piala Asia Bawah 22 tahun di China bulan hadapan. Untuk senarai penuh, anda boleh lihat gambar di bawah.


Sumber gambar: FAM

Dalam senarai tersebut, terdapat beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2017 lalu. Tidak ketinggalan 4 pemain daripada skuad bawah 19 tahun negara iaitu Akhyar Rashid, Hadi Fayyadh, Nik Akif Syahiran dan Shivan Pillay Asokan. Langkah Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan 4 pemain ini dilihat sebagai satu langkah yang bagus untuk memberi pendedahan kepada mereka.

Senarai di atas juga menimbulkan persoalan di minda kami. Siapa yang akan mengemudi jentera serangan negara ketika temasya Piala Asia nanti ?

Kita boleh lihat semasa Sukan SEA tempoh hari. Safawi Rashid, S.Kumaahran dan N.Thanabalan menjadi senjata utama negara di bahagian serangan. Namun kali ini, hanya Thana dan Pawi saja yang terpilih. Jadi siapa yang patut menggantikan S. Kumaahran sebagai penyerang negara ? Pilihan pertama kami adalah penyerang Johor Darul Ta’zim II, Hadi Fayyadh.

Hadi beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia dalam kempen kelayakkan Piala Asia bawah 19 tahun bulan lalu. Beliau berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang kelayakkan. Memiliki postur tubuh yang sesuai dijadikan sebagai penyerang, kami berpendapat Hadi mampu untuk menggalas cabaran yang diberikan. Beliau juga tidak akan berdepan masalah untuk bergandingan dengan Thana dan Pawi.

Pilihan kedua kami ialah “wonder kid” Kedah, Akhyar Rashid. Jika OKS mahu bermain dengan kelajuan, maka Akhyar adalah pemain yang sesuai untuk mengisi posisi penyerang. Anda boleh bayangkan ketika serangan balas, Thanabalan, Pawi dan Akhyar meluru ke arah anda. Mesti seram kan.

Bagaimana dengan pilihan anda ? Ada ada pilihan lain selain Hadi dan Akhyar ? Mari kita bincangkan perkara ini.

Leave a Reply