• Penyerang bawah 22 tahun negara, Syafiq Ahmad menyertai pasukan Johor Darul Ta’zim bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Syafiq menjadi penyerang tempatan ketiga yang menyertai pasukan juara Liga Super tersebut selepas Hazwan Bakri dan Darren Lok. Selain 3 penyerang ini, barisan serangan JDT juga mempunyai Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa. Haa disini kami tertanya-tanya. Penyerang tempatan ni ada peluang ke untuk membarisi kesebelasan JDT ?

    Disini kami akan meletakkan peluang 5 penyerang ini dalam satu kiraan 5. Berdasarkan kiraan 5 ini, kami akan memberikat pendapat kami tentang peluang mereka untuk muncul dalam kesebelasan utama.

    1. Jorge Pereyra Diaz

    Sumber gambar: Goal.com
    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 5/5.

    Pemain yang digelar “The Assassin” ini sudah pasti akan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan pada musim hadapan. Jorge menjadi watak penting ketika JDT memenangi Piala FA dan Liga Super pada 2016.

    2. Luciano Figueroa

    Sumber gambar: FourFourTwo
    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 4/5

    Lucho is back! Haa itulah reaksi peminat JDT apabila Luciano Figueroa kembali dari persaraan dan menyertai JDT semula. Beliau bersara selepas membantu JDT memenangi Piala AFC 2015. Kami pasti Ulisess Morais akan menggandingkan beliau bersama Pereyra Diaz.

    3. Mohammed Ghaddar

    Sumber gambar: Johor Southern Tigers
    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 4/5

    Pemain ini menyertai JDT pada pertengahan musim 2017. Pada musim 2017, beliau berjaya menjaringkan 23 gol, 18 daripadanya ketika beliau mewakili pasukan Kelantan. Kami berpendapat bahawa Ghaddar akan bersaing sengit dengan Figueroa.

    4. Hazwan Bakri

    MALAYSIA, Johor Bahru: Hazwan Bakri of JDT (blue) and UITM FC player (red) during FA Cup match between JDT and UITM FC at Larkin Stadium on March 11, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 3/5

    Pemain yang memenangi anugerah MVP ketika Anugerah Bola Sepak kebangsaan pasa 2016 ini menjadi pilihan Benjamin Mora pada awal musim ini. Tetapi setelah ketibaan Mohammed Ghaddar, beliau terus menjadi pilihan kedua. Musim hadapan senario tersebut dilihat akan berlaku lagi. Mungkin Hazwan akan menjadi pemain gantian pada minit ke-75.

    5. Darren Lok

    MALAYSIA. Johor Bahru: JDT’s player Darren Lok celebrates his goal during Malaysia Cup match between JDT and Terengganu at Larkin Stadium on Aug 1st, 2017. Photo by Nizam Rahman – www.asiana.my

    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 3/5

    Darren agak bergelut pada musim 2017. Beliau menghabiskan separuh musim untuk pulih daripada kecederaan. Kami berpendapat nasib beliau sama dengan Hazwan Bakri.

    6. Syafiq Ahmad

    Sumber gambar: Utusan
    Peluang muncul dalam kesebelasan utama: 2/5

    Penyerang muda ini dikatakan akan menyertai sebuah pasukan dari Liga Portugal. Tetapi selama hal tersebut masih belum disahkan, peluang Syafiq untuk tampil dalam kesebelasan utama sangat tipis. Anda boleh tengok senarai di atas. Hebat-hebat belaka!

    Leave a comment

    Your email address will not be published.