• Bekas penyerang Supanburi FC, Nicolas Velez sah menyertai pasukan Negeri Sembilan bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan. Pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina ini akan menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh seorang lagi pemain import iaitu Lee Andrew Tuck yang menyertai pasukan Terengganu FC I.

    Pemain berusia 27 tahun ini memulakan karier bola sepak profesional beliau bersama pasukan Huracan dalam saingan Liga Argentina. Pada 2014, beliau memulakan karier di Asia bersama pasukan Warriors FC dalam saingan Liga Singapura. Velez kemudiannya menyertai pasukan yang diuruskan oleh bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada iaitu pasukan Norteast United di saingan Liga India. Musim 2017, beliau mewakili pasukan Suphanbur FC dan menjaringkan 13 gol sepanjang musim.

    Nicolas Velez menyertai pemain pertahanan dari Singapura, Madhu Mohana dalam senarai pemain import pasukan Negeri Sembilan setakat ini. Selain itu, masa depan dua lagi pemain import Negeri Sembilan dari skuad musim lalu iaitu Bruno Suzuki dan Nemanja Vidic masih lagi belum diketahui. Khabarnya mereka akan menandatangani seorang lagi pemain import iaitu bekas pemain Borneo FC, Flavio Beck Junior.

    Leave a comment

    Your email address will not be published.