• Kejohanan Supermokh Cup kembali menggegar dunia bola sepak Malaysia bermula pada esok. Supermokh Cup adalah satu kejohanan jemputan yang akan memasuki edisi keempat tahun ini. Pada edisi tahun ini, sebanyak 24 pasukan dari dalam dan juga luar negara telah mengambil bahagian dalam 3 kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 13 tahun dan bawah 14 tahun. CEO NFDP, Safirul Abu Bakar menyatakan bahawa cabaran Malaysia terletak di bahu pemain Akademi Mokhtar Dahari. Beliau juga menyeru agar pemain-pemain Akademi Mokhtar Dahari agar menjadikan peluang ini sebagai kayu ukur unuk menilai diri mereka dan juga menimba pengalaman bermain menentang jaguh antarabangsa.

    Juara bertahan bagi kategori bawah 12 tahun, Sporting CP akan kembali untuk mempertahankan mahkota mereka disamping kelab Perancis, Paris Saint-Germain juga akan mengambil bahagian. Selain kategori bawah 12 tahun, PSG juga akan mengambil bahagian dalam kategori bawah 13 tahun dan 14 tahun. Selain dua pasukan di atas, pasukan gergasi dari Liga Perdana Inggeris, Arsenal juga mengambil bahagian dalam kategori bawah 14 tahun. Kelab Jepun, Urawa Reds Diamond dan kelab Belanda, AZ Alkmaar juga mengambil bahagian pada edisi kali ini.


    kredit gambar: NFDP

    Venue bagi kejohanan kali ini ini dibahagikan kepada empat venue. Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi hos bagi perlawanan pembukaan dan juga perlawanan akhir. Selain itu, stadium di Majlis Sukan Negara, Stadium Panasonic di Shah Alam dan Stadium Akademi Maybank di Bangi juga dipilih menjadi hos.

    Marilah kita beramai-ramai hadir dan memberi sokongan kepada pasukan Malaysian Panthers dan juga Malaysian Cougars. Siapa tahu kita akan melihat bintang pada masa hadapan lahir daripada kejohanan ini. Kejohanan ini bermula pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017.

    Jadual penuh pusingan awal di sini

    (Visited 181 times, 1 visits today)

    Leave a comment

    Your email address will not be published.